- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Rabu, 17 Oktober 2018

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2018

BIDANG
Kokurikulum

NAMA PROGRAM 
Gegar 10 000 Langkah Merdeka

TEMPAT
Padang Arena

TARIKH
13.10.2018 ( Sabtu)

PENGLIBATAN MURID
Semua Murid tahun 6 dan 5IBS, 5IBM, 4IBS


PENGLIBATAN GURU
En. Abu Seman bin Mat Salleh (GPK KO)
            Pn. Aniza bt Bakar (Guru Pengiring)

Program ini diadakan sempena Hari Sukan Negara (HSN) yang diadakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua pada bulan Oktober. Program ini juga mendapat kerjasama banyak pihak seperti pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pasukan polis dan anggota RELA.

Antara objektif pelaksanaan Hari Sukan Negara ialah seperti berikut :
- Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat 
- Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat
- Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
- Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
- Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat    akar umbi.

Program ini telah disertai oleh warga SK Sultan Omar. Turut menyertai acara ini ialah pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan menengah berhampiran, agensi-agensi kerajaan, persatuan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Fun Robik, Fun Walk Gegar 10 000 Langkah Merdeka, Timbang Sepak Takraw, Shooting Netball, Shooting Penalty Board, Pameran Kesihatan, dan Pemeriksaan Kesihatan.

Sambutan Hari Sukan Negara ini di harap menjadi sebagai satu medium untuk meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia terutama warga SK Sultan Omar tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan mahupun program yang berkaitan sukan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan (Sporting Nation).

Sederap, sehasrat, 1 matlamat

Admin 2









Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support