- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Selasa, 16 April 2013

LAWATAN KETUA SEKTOR, JPNT


Hari ini, SKSO telah menerima kunjungan mengejut Ketua Sektor Pendidikan Khas, Tuan Haji Ngah b. Bidin. Beliau yang meluang masa kira-kira 2 jam telah bertemu dengan guru-guru Pendidikan Khas dan juga para PPM. Pada pertemuan tersebut, banyak perkara yang dikongsi dan beliau juga tidak kedekut mengeluarkan idea serta pandangan untuk kebaikan bersama. Terima kasih atas kunjungan tersebut. Mudah-mudahan akan ada lagi kunjungan sebegini di masa akan datang.

Share:

Isnin, 15 April 2013

Pelancaran 'PROGRAM PUSAT SUMBER SEKOLAH'

 
Pada 14 April 2013, bertempat di Dataran Perhimpunan Sekolah, PSS telah melancarkan Program Pusat Sumber Sekolah yang melibatkan Perpustakaan, Program NILAM dan Program DR1P.

Dalam ucapan perasmian oleh En. Mohd Nor b. Chik selaku Guru Besar SKSO, beliau mengucapkan syabas kepada pengurusan PSS kerana berjaya melancarkan program yang sangat memberi manafaat kepada warga sekolah. Beliau juga mengambil kesempatan mengalakkan semua murid supaya rajin berkunjung ke perpustakaan untuk membaca kerana di situ terdapat banyak bahan bacaan yang sangat bermutu kepada semua.

Di akhir program, pihak pengurusan PSS telah mengumumkan 2 hadiah besar yang menanti murid banyak membaca mengikut kategori; Tahap I dan Tahap II. Hadiah yang berupa basikal Fixie itu akan diberi pada penghujung tahun nanti. Mudah-mudahan dengan pengumuman yang telah dibuat, akan menggalakkan semua murid SKSO rajin bertandang ke perpustakaan sekolah untuk membaca.
Share:

Selasa, 2 April 2013

KO-AKADEMIK B. INGGERIS ZON SURA, 2013

Hari ini SK Sultan Omar telah menghantar peserta menyertai pertandingan Ko-Akademik B. Inggeris peringkat Zon Sura. Kategori yang dipertandingkan adalah Action Song (Tahap I), Story Telling (Tahap II) dan Public Speaking (Tahap II).




Di penghujung majlis, En. Mohd Nor b. Chik, Guru Besar SKSO telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dari SK Sultan Omar kerana telah muncul sebagai johan bagi semua kategori yang telah dipertandingkan.




Pasukan Ko-Akademik B. Inggeris SKSO akan mewakili Zon Sura ke peringkat daerah yang bakal diadakan pada 9 April 2013 bertempat di SK LKTP Jerangau. Semoga kita akan berjaya nanti dan dapat mewakili daerah ke peringkat negeri pula.

Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support