- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Rabu, 23 Oktober 2019

PROGRAM KEMBARA ILMIAH KE KELANTAN PPKI SKESO 2019



Tarikh         : 16 hingga 17 Oktober 2019
Hari             : Rabu hingga khamis
Tempoh       : 2 hari 1 malam
Tempat        : Tumpat, Pasir Mas, Pangkalan Kubor, Wakaf Che Yeh
Penglibatan  : Semua guru, Pembantu Pengurusan Murid, murid dan penjaga murid PPKI SKSO

Program Kembara Ilmiah Ke Kelantan ini merupakan program lawatan tahunan di bawah anjuran dan kelolaan unit Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PKIBP) SKSO. Seramai 45 orang peserta iaitu 25 orang murid dan 20 orang pengiring dan waris atau penjaga murid yang terlibat dalam program ini.

Antara beberapa aktiviti menarik sepanjang program ini adalah  seperti menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM), membeli belah di Pangkalan Kubor dan Wakaf Che Yeh, Aktiviti di Kidzoona, melawat perusahaan makanan tradisional serunding dan dodol, mengunjungi Pasar Siti Khatijah dan kraftangan, aktiviti permainan tradisional Wau dan aktiviti BBQ dan renang.

Program ini juga mendapat beberapa tajaan serta sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan, Pejabat Menteri Besar Terengganu, Koperasi Sekolah, Kidzoona, Kentucky Fried Chicken HQ serta restoran D’Perahu dan Teratak Nasi Ulam Cikgu.


Menerusi program ini peserta berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka seperti berdikari semasa menguruskan diri sepanjang program ini berjalan. Selain itu, peserta dapat meningkatkan pengetahuan serta pengalaman mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka sekaligus meningkatkan ketrampilan diri sebagai seorang pelajar dan sebahagian daripada komuniti masyarakat.


Rombongan bertolak pada pukul 6.43 pagi.


Peserta rombongan yang ceria menanti ketibaan keretapi

Menaiki KTM dari Pasir Mas.



Mengunjungi perusahaan Serunding dan Dodol Hajah Wan Sabariah di Pasir Mas
Aktiviti renang dan BBQ


peserta rombongan bersolat jemaah di surau penginapan.


Mengunjungi Galeri Pak Safie & Sons



Murid menghias wau dibantu oleh guru dan PPM serta staf galeri.
















Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support