Tarikh : 16 hingga 17 Oktober 2019
Hari : Rabu hingga khamis
Tempoh : 2 hari 1 malam
Tempat : Tumpat, Pasir Mas, Pangkalan Kubor,
Wakaf Che Yeh
Penglibatan : Semua guru, Pembantu Pengurusan Murid, murid
dan penjaga murid PPKI SKSO
Program
Kembara Ilmiah Ke Kelantan ini merupakan program lawatan tahunan di bawah
anjuran dan kelolaan unit Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
(PKIBP) SKSO. Seramai 45 orang peserta iaitu 25 orang murid dan 20 orang
pengiring dan waris atau penjaga murid yang terlibat dalam program ini.
Antara
beberapa aktiviti menarik sepanjang program ini adalah seperti menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM),
membeli belah di Pangkalan Kubor dan Wakaf Che Yeh, Aktiviti di Kidzoona,
melawat perusahaan makanan tradisional serunding dan dodol, mengunjungi Pasar
Siti Khatijah dan kraftangan, aktiviti permainan tradisional Wau dan aktiviti
BBQ dan renang.
Program
ini juga mendapat beberapa tajaan serta sumbangan daripada Pejabat Menteri
Besar Kelantan, Pejabat Menteri Besar Terengganu, Koperasi Sekolah, Kidzoona,
Kentucky Fried Chicken HQ serta restoran D’Perahu dan Teratak Nasi Ulam Cikgu.
![]() |
Rombongan bertolak pada pukul 6.43 pagi. |
![]() |
Peserta rombongan yang ceria menanti ketibaan keretapi |
![]() |
Menaiki KTM dari Pasir Mas. |
![]() |
Aktiviti renang dan BBQ![]() |
peserta rombongan bersolat jemaah di surau penginapan.
Mengunjungi Galeri Pak Safie & Sons
Murid menghias wau dibantu oleh guru dan PPM serta staf galeri.
0 comments:
Catat Ulasan