- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Rabu, 31 Oktober 2018

PROGRAM PASCA UPSR 2018: KARNIVAL JUALAN PANITIA BAHASA INGGERIS

Tarikh:24 dan 25 Oktober 2018
Hari :Rabu dan Khamis
Masa:8.00 -12.30tgh
Penglibatan:Semua guru panitia BI dan semua murid tahun 6

Program Karnival Jualan ini diadakan bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai pengalaman melakukan urus niaga. Aktiviti bermula dengan pembahagian kumpulan,memilih menu jualan,promosi,penyediaan bahan-bahan,menjual dan mengira untung rugi. Program ini membentuk disiplin murid seperti bekerjasama dan bertanggungjawab. Mereka juga boleh meningkatkan kemahiran bersosial dan berkomunikasi. Diharapkan program seperti ini dapat memberi pengalaman dan kenangan indah buat murid-murid.


admin 3











Share:

Khamis, 25 Oktober 2018

MESYUARAT PERMUAFAKATAN IBU BAPA PPKI SK SULTAN OMAR KALI KE 8



Tarikh             :            25 Oktober 2018
Tempat           :            Bilik Mesyuarat SK Sultan Omar
Masa               :           8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Penglibatan     :           Semua guru dan ibu bapa PPKI SKSO
Kehadiran       :           Encik Mushaireen Bin Musa (YDP PIBG )
                                    Encik Norhisham Bin Rosli (NYDP PIBG)
                                    Tuan Ahmad Bin Mohd Ali (Guru Besar)
                                    Puan Badariah Binti Muda (Guru Penolong Kanan 1)
                                    Encik Ariffin Bin Mat Zin (Guru Penolong Kanan PPKI)


Mesyuarat Badan Permuafakatan Ibu Bapa PPKI SK Sultan Omar telah diadakan bagi memberi input dan pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai Peperiksaan Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dan INKLUSIF. Antara perkara yang yang disampaikan oleh Penyelaras Inklusif, Encik Zulkifli Bin Ismail adalah seperti perbezaan antara peperiksaan PASR dan UPSR dan kepentingan PASR kepada murid-murid PPKI.  Manakala INKLUSIF pula secara ringkasnya merupakan satu peluang atau alternatif kepada murid yang berpotensi untuk keluar daripada keupayaan Masalah Pembelajaran dimana murid telah berjaya menguasai 4 komponen utama dengan baik iaitu Komponen Pra Akademik, Kognitif, Kemahiran Motor Kasar/ Motor Halus dan Sosioemosi. Dalam erti kata mudah, INKLUSIF melayakkan murid PPKI untuk berada di dalam satu bilik darjah dan menerima Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) bersama dengan murid arus perdana.


Ibu bapa di seru bagi melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran murid bagi meningkatkan lagi kemahiran 4 komponen tersebut. Hasil dapatan mesyuarat pada kali ini, ibu bapa dan guru mendapat kata sepakat serta kerjasama yang jitu ke arah meningkatkan keupayaan murid-murid PPKI sesuai dengan hasrat Tuan Guru Besar dalam ucapannya, untuk melihat murid PPKI  agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan murid-murid lain.





















-Admin 5.

Share:

Selasa, 23 Oktober 2018

AKTIVITI PENYEDIAAN BURGER DAN SAMBUTAN HARI LAHIR JULAI-DISEMBER PPKI

Tarikh           : 22 Oktober 2018
Tempat          : Marrybrown Dungun
Penglibatan   : Murid PPKI dan Pra PPKI
Pengiring      : Kesemua guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI dan Pra PPKI SK Sultan Omar


Aktiviti penyediaan Burger dan sambutan hari lahir ini diadakan adalah bagi memberi pengetahuan baru kepada murid-murid PPKI dalam penyediaan makanan iaitu Burger dan juga menyambut hari lahir murid di restoran kegemaran kanak-kanak iaitu Marrybrown. Antara objektif utama program ini adalah bagi mendidik murid meningkatkan keyakinan diri, membentuk disiplin dan memberikan pengalaman baru kepada murid dalam penyediaan makanan yang dilakukan secara individu dan juga dengan bantuan guru dan PPM. 



Murid bersedia menjalani aktiviti penyediaan burger.



Murid kelihatan teruja menjalani aktiviti ini.


Mematuhi prosedur kebersihan penyediaan makanan.



Bahan utama burger iaitu daging dan roti untuk semua murid.



Murid menunjukkan bakat dan kemahiran mereka.



 Memotong kek hari jadi bersama maskot Marrybrown.



Teruja menerima hadiah hari jadi yang disampaikan oleh maskot.



Bergambar kenangan.


Menerusi program ini murid juga dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka berhadapan dengan orang awam dengan mengaplikasikan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan berkelakuan baik ketika di tempat awam dan mendengar arahan serta mengikut peraturan di tempat awam dengan baik seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. 

Sekian, terima kasih.


-Admin 5
Share:

Isnin, 22 Oktober 2018

PROGRAM PASCA UPSR 2018 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR JOHOR DAN MELAKA

TARIKH : 18,19,20 OKTOBER 2018                                                                       
PENYERTAAN : 75 ORG MURID , 9 ORANG GURU                                             
JOHOR : LEGOLAND DAN BLUE ICE SKATING RINK PARADIGM MALL
MELAKA : BANDARAYA MELAKA

Program lawatan sambil belajar ini diadakan bagi memberi peluang kepada murid untuk mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan dengan apa yang mereka lihat dan pelajari.

OBJEKTIF :                                                                                                                      
1) Mendidik dan memimpin murid supaya boleh berdikari dalam pengurusan masa, diri serta meningkatkan keyakinan kediri murid   
                                                                                                          
2)Membentuk disiplin diri memupuk sahsiah dalam menjaga keselamatan diri, rakan serta memahami peraturan dan arahan guru ketika berada ditempat orang.                                           

Diharapkn program seperti ini dapat memberi pengalaman dan kenangan yang berharga kepada murid-murid dan guru-guru.

admin 3










Share:

Sabtu, 20 Oktober 2018

TIZ CHESS TOURNAMENT 2018 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU ANJURAN UNIT KEBITARAAN CATUR SMK TENGKU INTAN ZAHARAH

BIDANG
Kokurikulum


TARIKH
18.10.2018


MASA 
8.00 pagi - 5.00 petang


TEMPAT 
Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun


PENGLIBATAN MURID
Nur Muhammad bin Ahmad Yusri
Muhammad Khairul Mizan bin Abd Aziz
Nur Iman Hamzah bin Ahmad Yusri
Wahbah Al Zuhaili Hishamullah


PENGLIBATAN GURU
Pn. Zaimiah bt Harun


PENCAPAIAN
Penyertaan

Pertandingan catur ini merupakan salah satu program kebitaraan ko-kurikulum catur yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu, kejohanan ini telah diadakan di peringkat negeri Terengganu dan sekolah-sekolah yang berminat telah menghantar penyertaan untuk bertanding dalam kejohanan tersebut.

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar telah menyertai pertandingan tersebut dan diwakili oleh 4 orang peserta bagi kategori Lelaki 15 Tahun. Walaupun pertandingan yang disertai ini sekadar mencapai penyertaan namun ia adalah sebagai pendedahan kepada murid-murid yang terlibat dan seterusnya sebagai persediaan pasukan catur sekolah untuk bertanding di peringkat MSSD pada tahun hadapan.

Melalui pertandingan ini, diharap pasukan catur sekolah dapat menyusun strategi dan seterusnya mengasah bakat peserta yang sedia ada untuk diketengahkan pada kejohanan yang akan datang.

Sederap, Sehasrat, 1 Matlamat

Admin 2 












Share:

SENAMROBIK BERSAMA MILO

BIDANG
Kokurikulum


TARIKH
18 Oktober 2018


MASA
7.45 pagi - 9.15 pagi


TEMPAT
Tapak perhimpunan 
SK Sultan Omar


PENGLIBATAN 
Semua guru & murid

Pihak Milo melalui Nestle Malaysia telah berbesar hati untuk mengadakan satu program bersama SK Sultan Omar. Antara aktiviti yang dijalankan sempena program ini ialah aktiviti senamrobik dan minum bersama milo. 

Menjadi satu harapan agar kerjasama seperti ini dapat dilestarikan lagi pada masa akan datang.

Sederap, sehasrat, 1 matlamat

Admin 2















Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support