- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Rabu, 3 Oktober 2018

KARNIVAL EMPAT PENJURU PASCA UPSR 2018

Tarikh  : 3 Oktober 2018 (Rabu)
Tempat : Padang SK Kuala Dungun
Penglibatan : Semua murid Tahun 6

Guru Pengiring :
1. Cg Fadzilah Ab Rhani
2. Cg Nor Asikin Mustafa
3. Cg Roslinda Nordin
4. Cg Suzihan Sulaiman
5. Cg Siti Aaisyah Hamzah
6. Cg Mohd Raffi Ali
7. Cg Nor Ahmad Shabaruzaman

Karnival tahunan ini melibatkan empat buah sekolah iaitu SK Sultan Omar, SK Kuala Dungun, SK Pusat Dungun & SK Bandar. Acara yang dipertandingkan adalah bola sepak 9 sebelah bagi murid lelaki & bola jaring bagi murid perempuan.

Skuad SK Sultan Omar turun selaku juara bertahan pada tahun ini nampaknya gagal mempertahankan kejuaraan. Namun, segala usaha & penat lelah murid-murid dan guru terubat apabila skuad bola jaring berjaya menggondol tempat kedua & skuad bola sepak mendapat tempat ketiga.

Pasukan bola jaring mencatat dua kemenangan & satu kekalahan. Kemenangan diperolehi melalui perlawanan antara SK Kuala Dungun (4-0) dan perlawanan dengan pasukan SK Pusat Dungun (6-2). Perlawanan penentuan tempat pertama bersama pasukan SK Bandar tidak memihak kepada pasukan kita apabila tumpas 2-6.

Pasukan bola sepak memulakan kempen dengan sedikit hambar apabila tewas 1-3 kepada tuan rumah. Enggan berputih mata lagi, skuad bola sepak kembali menyuntik semangat berpasukan. Hasilnya, baki dua perlawanan lagi menyaksikan skuad bola sepak mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

InshaAllah, skuad SK Sultan Omar mengambil iktibar daripada kekecewaan ini untuk meningkatkan lagi prestasi pada edisi mendatang.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA



















Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support