- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Isnin, 25 Februari 2013

SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

Hari ini pagi-pagi lagi seorang penjaga datang bertemu dan mengadu kepada Bos kami tentang anaknya di sebuah sekolah terkenal juga di daerah Kuala Terengganu ini. Setelah berlegar-legar dan berpusing-pusing beliau melahirkan rasa tidak puashati kepada guru di sekolah tersebut kerana mendenda anaknya yang kurang sihat. Suara amarahnya kepada guru dan sekolah anaknya boleh didengari sampai keluar. Nasib baik Bos kami yang merupakan bekas anak polis dan agak terkenal dengan "jengilnya" cool pagi ini. Kami difahamkan sekolah dan PIBG telah mengambil inisiatif menyelesaikan masalah ini, namun daripada apa yang tergambar adegan cerita ini masih ada plot yang belum tamat.
Kami yang telah biasa dengan keadaan ini hanya tersenyum walaupun sebagai manusia biasa dan juga guru merasa berdesing dan berdengung. Sabar je la. Mungkin sebahagian pendapatan atau gaji kami ialah untuk menerima kemarahan dan rasa tidak puashati pelanggan walaupun kadang-kadang sangat kecil. Sebagai orang yang pernah menjadi guru dan bergelumang dengan anak murid tidak ada niat untuk menganiaya murid apalagi mencedera dan "membunuh" murid.
Namun terdapat ibubapa atau penjaga zaman ini yang sayang tidak kena tempat bak kata orang tua-tua "cerdik tidak boleh tumpang, bodoh tak boleh diajar". Mari kita lihat permintaan tidak masuk akal seorang pembaca akhbar yang mungkin juga sebagai penjaga atau ibubapa kepada seseorang pelajar...
 Kemahuan gila dan permintaan tidak masuk akal ini dimuatnaik melalui seorang guru dan setakat ini telah dikongsi sebanyak 4,074 kali, 948 komen dan 2,404 like. Lihat respon dan komen cikgu berkenaan terhadap isu di atas.

Wahai mak bapak... tidaklah menjadi kegemaran guru untuk memarah, membebel, merotan dan memukul anak2 anda... kami x suka... kami sendiri banyak keje nak buat selain dari nak marah anak anda yang ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mungkin mewarisi sifat anda... tapi mahu atau tidak kami sebagai guru perlu untuk memastikan mereka belajar dan melaksanakan tugas. 
Wahai ibu bapa... adakah kamu patuh pada suruhan agama dan tuhan kamu? Kenapa kamu patuh? kerana kamu adalah insan... kerana kamu adalah hamba... dan kenapa pelajar perlu untuk patuh dan laksanakan tugas sebagai pelajar? Kerana mereka adalah pelajar dan mereka perlu untuk pbelajar. Saya juga patuh pada tuhan dan agama saya... saya juga patuh dan arahan pengetua. Sedang saya yang cikgu pun boleh dengar cakap... apa kuasa dan kehebatan anak anda sampaikan tidak boleh ditegur walau sedikit. apakah kuasa undang-undang sekarang membuatkan bapak dan ibu buta?
Wahai bapak dan ibu... kami para2 guru tidaklah kejam, tidaklah jahat dan tidaklah gila... malah, kami rasa lebih ramai guru2 yang menjadi gila... mendapat kencing manis, sakit jantung, darah tinggi semata2 menghadap muka anak2 anda setiap hari yang kurang ajar dan melawan guru tapi, masih... kesalahan diletakkan di tangan guru. Katanya guru tidak mengajar... wahai bapak dan ibu... kalau dah anak anda menjadi tuhan di sekolah, membuat undang2 sendiri boleh tidurdan x boleh kena marah bila x nak belajar, apa kuasa yang kami ada untuk jadikan anak anda sebagai manusia??
Kamu bukan tuhan yang boleh berikan hidayah... kami bukan nabi yang bersifat maksum dan pemaaf setiap masa. Kami hanya guru biasa yang mungkin tidak didengari suara.
Wahai bapak dan ibu... bila anak anda mendapat keputusan yang cemerlang... anda akan cakap... "sebab anak saya pandai"
Bila anak anda mendapat keputusan yang corot... jawapan anda... "cikgu tu x pandai mengajar"
Wahai bapak dan ibu... kalau dah macam ni la gayanya... anak anda akan menjadi bodoh... dan terus menjadi bangang abadi... walaupun guru yang mengajar anak anda itu... adalah guru dari syurga.
Sekian... terima kasih.
Yang benar... guru pendalaman Sarawak yang disayangi pelajar.

Sumber : Unit Sekolah Rendah JPNT
Share:

Ahad, 24 Februari 2013

KELESTARIAN PEMBINAAN BBM GURU LINUS DAERAH DUNGUN

Pada hari ini juga, 24 Februari 2013, SK Sultan Omar, Dungun telah dikunjungi oleh sekumpulan Guru LINUS Daerah. Tujuan kehadiran guru-guru ini adalah sebagai lokasi latihan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang direka khas untuk murid-murid LINUS Tahun 2.






Kelas yang dipilih adalah Tahun 2 Amanah. Guru-guru LINUS daerah ini telah menghabiskan masa kira-kira 1 jam bersama mereka mencuba bahan-bahan yang telah direka oleh mereka. Terima kasih diucapkan kepada Unit LINUS PPD Dungun kerana telah memilih SK Sultan Omar sebagai lokasi latihan. Mudah-mudahan semua ilmu yang diberi hari ini dapatlah kita dikongsi bersama-sama.






Share:

PROGRAM MENTO-MENTEE 2013

Pada hari ini, 24 Februari 2013 (Ahad) sekali lagi SKSO telah mengadakan Program Mento Mentee yang melibatkan semua guru dan murid-murid Tahun 6. Program yang dikendali oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Kecemerlangan UPSR telah menyerahkan anak-anak angkat kepada guru yang berkenaan.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk  mewujudkan semangat kekeluargaan di kalangan keluarga SKSO di samping mengamalkan budaya penyayang dan membina keyakinan diri mentee dalam menghadapi masalah samada dalam akademik, sahsiah mahupun disiplin.






Share:

KEM BESTARI SOLAT 1, 2013

Pada 23 Februari 2013 (Sabtu), murid-murid SK Sultan Omar telah menjalani Program Kem Bestari Solat Fasa 1 bagi tahun ini. Program ini melibatkan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan dikendalikan oleh Unit J-Qaf yang diketuai oleh Ustazah Majidah binti Ramli dan dibantu oleh semua guru SK Sultan Omar.

Program telah dimulakan pada jam 8.00 pagi yang mana Ustaz Ahmad Munif b. Mohd Amin telah memberi taklimat sebelum murid-murid dipecahkan kepada kumpulan masing-masing. Antara pengisian program tersebut adalah dengan memberi penekanan pada bacaan Solat secara teori dan praktikal.


Mudah-mudahan semua ilmu yang dicurah oleh guru-guru SKSO kepada anak didik kita akan mendapat keberkatanNya, InsyaAllah.



Share:

Selasa, 19 Februari 2013

MAJLIS ILMU SKSO, 2013

Program Majlis Ilmu akan diadakan pada 20 Februari 2013 (Rabu)
bermula jam 1.30 petang di Bilik Mesyuarat SK Sultan Omar.
Kehadiran semua guru adalah diwajibkan.

Sekian, harap maklum.

Dari Meja Pengurusan,
SK Sultan Omar, Dungun.
Share:

Ahad, 17 Februari 2013

PROGRAM MESRA BERSAMA INSAN ISTIMEWA



Pada hari ini, 17hb. Februari 2013, bertempat di Dewan Al Ehsan SKSO, telah diadakan Program Mesra Bersama Insan Istimewa di bawah anjuran Perpustakaan UiTM Cawangan Dungun. Program ini diadakan khas bersama murid-murid PKIBP, SK Sultan Omar sebagai salah satu aktiviti luar badan tersebut. Pelbagai program diatur yang mana telah mendapat sambutan meriah samada dari pihak Pengurusan Sekolah serta Warga PKIBP, Mahasiswa serta Kakitangan Perpustakaan UiTM Cawangan Dungun dan ibu bapa pelajar PKIBP sendiri..

Program telah dimulakan dengan senamrobik 'Chicken Dance' dan diikuti dengan persembahan Dikir Barat UiTM serta Murid-Murid SKSO. Selepas itu diadakan pula akitviti gotong-royong di kebun Roselle dan Sukaneka. 





 
Selain itu, murid-murid PKIBP juga telah dihibur dengan 'Puppet Show' oleh Mahasiswa UiTM. Sebelum program berakhir, pertandingan mewarna diadakan bertujuan mencungkil bakat murid-murid tersebut dalam bidang lukisan.



Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada Perpustakaan UiTM Cawangan Dungun terutamanya Puan Anuar binti Awang, selaku Timbalan Ketua Pustakawan, di atas penganjuran program tersebut. Sesungguhnya program ini telah memberi impak besar terutamanya kepada murid-murid PKIBP SK Sultan Omar yang kelihatan sangat ceria dan gembira di sepanjang program ini dijalankan.







Share:

Rabu, 6 Februari 2013


Adalah dimaklumkan
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN OMAR
akan mula bercuti pada 8 Februari 2013 hingga 12 Februari 2013
(Jumaat - Selasa)
sempena perayaan Tahun Baru Cina.
 
Sekian, harap maklum.
 
Dari Meja Pengurusan,
SK. Sultan Omar, Dungun.
Share:

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434


Pada 31 Januari 2013 yang lalu, SKSO telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Sambutan yang diberi sungguh meriah. Majlis dimulakan dengan perarakan yang diketuai oleh En. Mohd Nor b. Chik, Guru Besar SKSO, mengelilingi kawasan perumahan berhampiran dan diikuti dengan pertandingan Nasyid.




Di sepanjang perarakan berlangsung, pihak sekolah juga telah melantik beberapa individu untuk membuat penilaian bagi memilih pasukan terbaik  Tahniah diucapkan kepada pasukan rumah BIRU yang muncul sebagai juara. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini.


Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support