- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Selasa, 19 Mac 2013

PASUKAN NASYID SKSO

Selamat berjuang diucapkan kepada pasukan Nasyid SKSO yang akan bertanding pada hari ini. Semoga pasukan Nasyid kita sukses seperti pasukan Dikir Barat.

 Kenangan bersama En. Mohd. Nor b. Chik, Guru Besar SKSO

Bersama jurulatih pasukan Nasyid sekolah,
Saudah bt. Haron dan Pn. Rosmariana bt. Abu
Share:

Isnin, 18 Mac 2013

PERISTIWA SEPANJANG MINGGU LALU

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH DUNGUN
(11 Mac 2013 - 14 Mac 2013)

Kontinjen SK Sultan Omar

 Ucapan Perasmian oleh : En. Awang b. Ibrahim, PPD Dungun

 Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian

Sepanjang temasya kejohanan yang berlangsung, SK Sultan Omar berjaya memperolehi 1 emas, 6 perak dan 1 gangsa; dan telah menduduki tempat ke 4 dari keseluruhan sekolah yang mengambil bahagian.

BERLARI DI TREK ACARA KAMI
WALAUPUN PANAS TETAP KAMI BERTAHAN
TAHUN INI BUKAN REZEKI KAMI
TAHUN DEPAN SKSO PASTI JOHAN!!


Share:

Ahad, 17 Mac 2013

LAWATAN PPD KE BILIK i-THINK, SKSO


 Pada hari Khamis 14 Mac 2013, SKSO telah menerima kunjungan salah seorang pegawai PPD yang bertanggungjawab dengan Program i-Think iaitu En. Rohazal b. Abdullah. Pada masa kunjungan tersebut pemandu-pemandu program i-Think SKSO dan En. Rohazal telah bertukar pendapat dan cadangan bagaimana untuk meningkatkan lagi keberkesanan program tersebut. Kunjungan singkat beliau sedikit-sebanyak telah memberi input dan  idea yang lebih baik kepada semua pemandu i-Think dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.





Share:

PELANCARAN BUDAYA MEMBERI SALAM

Program telah dilancar oleh En. Mohd Nor b. Chik, Guru Besar SKSO pada 10 Mac 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan. Objektif program ini adalah untuk menggalak murid-murid memberi salam dalam keadaan tertib dan penuh hormat kepada semua guru dan staf serta ibu bapa yang berurusan di sekolah. Tahniah kepada Panitia J-Qaf atas usaha yang telah diambil untuk menjayakan program ini.



Share:

 
9 Mac 2013 (Sabtu) di Dewan Al Ihsan SK Sultan Omar

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 34 telah dirasmi oleh Yang Berbahagia Dato' Wira Dr Hj Rosli b. Mat Hassan, Pengerusi Pembangunan Yayasan Pelajaran MARA merangkap Pengerusi Perhubungan DUN Sura. Tahniah kepada AJK lama yang dikekalkan dan selamat datang kepada AJK baru dilantik ke dunia SKSO.....





Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support