- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Ahad, 23 September 2018

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2018



Esok, 24 September 2018 merupakan hari perjuangan sebenar bagi anak-anak tahun 6 SK Sultan Omar. Majlis Restu Ilmu ini telah diadakan pagi tadi dengan suasana cukup tenang dan penuh penghayatan. Semua warga SK Sultan Omar mengucapkan Selamat Berjuang Anak-Anak UPSR 2018 dan semoga beroleh kejayan cemerlang. Guru-guru menghalalkan setiap ilmu yang dicurahkan dan semoga calon-calon dapat menjawab dengan tenang dan bersemangat. Anda Pasti Boleh, SKSO Boleh!!!


Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, 
Hanya padaMu kami mohon. Kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.


Sekitar Majlis Restu Ilmu 💓












Admin 3


Share:

Sabtu, 22 September 2018

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PERDANA UPSR 2018


TARIKH: 20 SEPTEMBER 2018 (KHAMIS)
TEMPAT: DEWAN AL EHSAN, SK SULTAN OMAR


Jawatankuasa UPSR SK Sultan Omar dan Panitia Agama Islam, mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan sekolah, wakil Pejabat Pendidikan Daerah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru, ibubapa dan semua calon UPSR kerana sudi menghadiri majlis solat hajat dan bacaan Yasin, dan Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Semoga calon-calon dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan berusaha sebaik mungkin dalam perjuangan ini.

ANDA PASTI BOLEH, SKSO BOLEH!!!


Berjemaah bersama ibubapa

Kehadiran ibubapa dan calon-calon UPSR yang sangat memberangsangkan

Ucapan: YDP PIBG En Aziz bin Adam

Sebahagian daripada calon-calon UPSR dan guru-guru


Ucapan: Tuan Guru Besar, En. Ahmad bin Mohd Ali

Admin 3
Share:

Rabu, 19 September 2018

PROGRAM JALINAN KASIH TAUTAN BUDI

Program Jalinan Kasih Tautan Budi (JKTB) mula diperkenalkan pada tahun 2017. Program ini merupakan program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). Pada 19 September 2018 telah berlansung program JKTB anjuran PPAT dengan kerjasama Program Pendidikan Khas Integrasi SK Sultan Omar (PPKISO) bertempat di Dewan Al-Ihsan, SK Sultan Omar.

Antara Objektif utama program ini adalah bagi memupuk minat membaca dalam kalangan murid dan memanfaatkan perpustakaan awam sepenuhnya.

Antara aktiviti dan acara yang dijalankan adalah seperti :

- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Kolaj
- Aktiviti I-Play
- Sukaneka ( Terompah Gergasi, Shoot The Ball dan Melontar Dart )


Anjuran Perpustakaan Awam Daerah Dungun




Pertandingan Kolaj dan Mewarna murid PPKI tahap 1 dan 2.




Tekun dan fokus mewarna.




Gigih menyempurnakan kolaj masing-masing.



Aktiviti I-Play meransang multisensori murid.




Melontar Dart Magnet melatih fokus anak-anak PPKI ini dibimbing oleh guru.



Acara 'Shoot The Ball'.



Nampak senang tapi susah. Inilah permainan Terompah Gergasi yang memerlukan kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi.



Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Rohana Binti Ismail, Ketua Rangkaian Perpustakaan PPAT, dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Hilmi Bin Mohd Zin, Pegawai 1P1S.



Menerima replika Pinjaman Berkelompok yang disampaikan oleh Puan Rohana Binti Ismail, Ketua Rangkaian Perpustakaan PPAT



Gambar kenang-kenangan warga sekolah bersama Kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Dungun




Penghargaan daripada Perpustakaan Awam Daerah Dungun.





Jika ada sumur di ladang, 
dapat kita menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang,
dapat kita berjumpa lagi


Warga sekolah dengan ini mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kakitangan Perpustakaan Awam Dungun atas kerjasama dalam menjalankan program ini. 


- Admin 5.
Share:

Isnin, 17 September 2018

SUDUT PIDATO/PUBLIC SPEAKING CORNER


Tarikh: 15.8.2018 - 30.10.2018
Tempat: Tapak perhimpunan


Tujuan SUDUT PIDATO/PUBLIC SPEAKING CORNER ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid tentang aspek Pidato atau pengucapan awam secara menyeluruh. Program ini juga dapat membentuk murid yang berwibawa dan berketrampilan serta bijak dalam menyuarakan pendapat. 

Sekalung penghargaan kepada jurulatih-jurulatih yang melatih peserta untuk menjayakan program ini. SKSO BOLEH!!!

Puan Zaini Lilah memberi taklimat dan info tentang program sudut pidato.

Adik Nur Dhamia Alisha menyampaikan pidato dalam Bahasa  Melayu.

Penyampaian cenderahati oleh PK Kokurikulum En. Abu Seman bin Mat Saleh

Penyampaian pantun bagi matapelajaran matematik.

Public Speaking dalam Panitia Inggeris.

Menyampaikan maklumat tentang haiwan imaginasi dalam subjek Sains.

Murid sangat berkeyakinan dalam setiap penyampaian.




admin3

Share:

Khamis, 13 September 2018

SINGGAH SAYANG BERSAMA TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH


Jawatankuasa UPSR SK Sultan Omar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Mubin bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, yang telah turun padang dan sudi meluangkan masa beliau untuk memberi motivasi kepada calon-calon UPSR SKSO 2018 pada hari ini (13 September 2018). Program Singgah Sayang ini bertujuan untuk memberi suntikan semangat kepada semua calon UPSR SKSO 2018 yang bakal menduduki peperiksaan pada 24 – 27 September 2018 ini. 

Bertempat di Dewan Terbuka SK Sultan Omar, Haji Mubin juga sempat menanyakan persiapan terakhir calon-calon ini dan mengharapkan agar mereka ini terus berjuang bagi meraih kecemerlangan. Semoga suntikan semangat ini terus menjadi motivasi kepada mereka dan meningkatkan keyakinan diri calon-calon dalam menghadapi UPSR yang bakal menjelma ini. Ayuh, kita teruskan kecemerlangan. SKSO BOLEH!!!

Merimbun ara tepian berangan,
Tempat makan bersama teman
Lontaran bicara jadi dorongan,
Bertambah semangat cipta kejayaan

Terima Kasih…

Tuan Guru Besar, En Ahmad bin Mohd Ali menyampaikan ucapan aluan
Tim. PPD Dungun, Tuan Haji Mubin bin Ismail memberi suntikan semangat kepada calon-calon SKSO
Turut hadir, YDP PIBG, Encik Aziz bin Adam serta PKP SK Sultan Omar, Puan Badariah Muda.



Calon-calon UPSR SK Sultan Omar 2018


Calon-calon mendengar amanat yang disampaikan.


SKSO BOLEH !!!

admin 3

Share:

Rabu, 12 September 2018

PROGRAM PENINGKATAN PENGUASAAN MURID LINUS


National Key Result Areas (NKRA's) Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah telah melaksanakan dua program serentak iaitu Program Cakna Linus 2.0 di peringkat daerah dan juga Kem Smart 3M di peringkat negeri. Program ini dijalankan selama 3 hari bermula 3 September 2018 sehingga 5 September 2018. Peserta yang terlibat menyertai program ini adalah murid Linus tahun 3 (konstruk 3 - konstruk 12).


PERINGKAT DAERAH :

Program Cakna Linus 2.0 

Program ini dilaksanakan di tiga lokasi mengikut PKG. Sekolah-sekolah yang terpilih untuk mewakili PKG masing-masing ialah SK Kuala Dungun, SK Tebing Tembah dan SK LKTP Jerangau. Sekalung tahniah diucapkan untuk adik Muhammad Lukman Hakimi bin Kamal dan adik Auni Farzana binti Mohd Nazri yang telah mewakili SK Sultan Omar. Adik Auni Farzana bt Mohd Nazri telah menjadi peserta terbaik untuk literasi di SK Kuala Dungun. Diharap Program ini dapat meningkatkan lagi penguasaan literasi dan numerasi anak-anak Linus dengan sebaik mungkin.


Peserta - peserta Program Cakna Linus bersama fasilitator

Adik Auni Farzana menerima hadiah peserta terbaik literasi

Peserta sedang mendengar taklimat daripada fasilitator

Aktiviti di stesen konstruk 5 literasi Bahasa Melayu

Aktiviti di stesen konstruk 6 literasi Bahasa Melayu


Aktiviti di stesen konstruk 8 literasi Bahasa Melayu



Adik Auni Farzana dan
adik Muhammad Lukman Hakimi
Aktiviti di stesen literasi Bahasa Inggeris























PERINGKAT NEGERI :

Kem Smart 3M

Kem Smart 3M telah dijalankan di Kem PLKN Padang Kacong Marang, Terengganu. SK Sultan Omar telah menghantar adik Wan Harith Iskandar bin Wan Mohd Hazri dari tahun 3 Ibnu Khaldun sebagai peserta kem ini. Sepanjang mengikuti kem yang berlangsung selama 3 hari ini, adik Wan Harith Iskandar menunjukkan minat dan perkembangan yang memberangsangkan. Tahniah buat adik Wan Harith Iskandar, semoga terus maju pada masa akan datang.



Majlis penutup

Adik Wan Harith Iskandar sedang melakukan
aktiviti di stesen numerasi

Wajah ceria adik Wan Harith Iskandar sepanjang
mengikuti aktiviti.

Stesen konstruk 6 numerasi yang disediakan
oleh Daerah Dungun

Aktiviti di stesen numerasi

Peserta-peserta Kem Smart 3M


Disediakan oleh : ADMIN 1

Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support