- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Selasa, 4 September 2018

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA
PERINGKAT SEKOLAH 2018

Hari warna-warni kemerdekaan, 30 Ogos (Khamis), SK Sultan Omar telah mengadakan sambutan ambang merdeka peringkat sekolah. Majlis yang cukup meriah ini diadakan di Dewan Terbuka Al Ehsan dengan penglibatan semua murid. Aturcara dimulakan dengan Bacaan Yaasin yang dibimbing oleh Ustaz Syafie dan Panitia Agama Islam. Acara diteruskan lagi dengan ucapan perasmian Tuan Guru Besar, En. Ahmad bin Mohd Ali serta gimik kemerdekaan yang telah dilaksanakan oleh Panitia Sejarah. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan nyanyian merdeka oleh murid-murid 3 Ibnu Sina, deklamasi sajak serta acara memotong kek guru-guru dan anak-anak merdeka. Kemuncak majlis pula, murid-murid menyanyikan lagu 'Keranamu Malaysia, 'Jalur Gemilang' dan 'Tanggal 31' dengan penuh semangat patriotik. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid kerana menjayakan majlis ini dengan penuh semangat. 

Sayangi Malaysiaku

GIMIK : Tuan Guru Besar En. Ahmad b. Mohd Ali

GIMIK : Pen. Kanan Kokurikulum, En. Abu Seman b. Mat Saleh

GIMIK : Pen. Kanan Pentadbiran, Puan Badariah bt. Muda

GIMIK : Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, En Razulddin b. Mustafa

Nyanyian lagu kemerdekaan

Bersama basikal berhias

Laungan Kemerdekaan, Ustaz Syamil

Persembahan Murid Kelas 3 Ibnu Sina

Guru-guru bersama murid-murid merdeka.
admin3
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support