- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Ahad, 18 November 2018

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SIDANG 1 2018

Tarikh : 15 November 2018
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Al-Ihsan, SK Sultan Omar
Penglibatan : Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Panitia Pendidikan Agama Islam (PAI) dan Kelas Al-Quran dan Fardu (KAFA) SK Sultan Omar.


Pada hari khamis 15 November 2018, Sekolah Kebangsaan Sultan Omar telah melangsungkan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi peringkat sidang 1. Majlis anugerah ini melibatkan tiga penglibatan unit iaitu PPKI, PAI dan KAFA. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan. Seramai 111 orang ibu bapa dan penjaga yang hadir menyaksikan majlis anugerah ini. Majlis ini dimulakan dengan bacaan ayat suci oleh adik Ahmad Fadhil Fathi Bin Mohd Noor seterusnya dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SKSO, En Ahmad Bin Mohd Ali dan dirasmikan oleh Pegawai Yayasan Islam Daerah Dungun, Al-Fadhil Ustaz Aizuddin Bin Muhammad Noor.



Antara anugerah yang disampaikan adalah seperti berikut :
Program Pendidikan Khas Integrasi

Anugerah Kedudukan Terbaik PPKI Tahun 1-6
Penyampaian Sijil Tamat Sekolah
Anugerah Cilik Solat Tahap 1 -Nur Aisha Fatiyyah Binti Abdul Fatah
Anugerah Cilik Solat Tahap 2 – Muhammad Nabhan Bin Masrodi
Anugerah Cilik Al-Quran Tahap 1 – Muhammad Ayshi Danish Bin Mohammad Saaim
Anugerah Cilik Al-Quran Tahap 2 – Ahmad Fadhil Fathi Bin Mohd Noor
Anugerah Kehadiran Terbaik – Muhammad Naufal Bin Masrodi
Anugerah Sahsiah Terbaik – Ahmad Farhan Bin Muhammad
Anugerah Khas Kurikulum – Ahmad Ikhwan Bin Nazlizailan
Anugerah Khas Kokurikulum – Muhammad Zulhairiey Zafri Bin Kamal

Pendidikan Agama Islam & Kelas Al-Quran dan Fardu
Anugerah Terbaik Pendidikan Agama Islam Tahun 1- 6
Anugerah terbaik JAWI Tahun 1- 6
Anugerah terbaik Bahasa Arab Tahun 1-6
Anugerah terbaik KAFA tahun 2-5
Anugerah Penghargaan Kepimpinan Aliran Perdana –
Muhammad Danish Irfan Bin Armin (Imam) & Muhammad Haziq Irfan Bin Mohd Noor (Bilal)
Anugerah Penghargaan Kepimpinan Aliran KAFA –
Muhammad Amar Hisham Bin Khairu Anuar (Imam) & Syed Muhammad Haziq Shauqi Bin Syed Zulkifli (Bilal)
Anugerah Khas Tokoh Hafiz -Nur Muhammad Bin Mohd Yusri
Anugerah Khas Tokoh Hafizah – Fatimah Azzahra Bt Mohd Apendi
Anugerah Terbaik IQRA Lelaki – Fawwaz Zikry Bin Mohd Zailani
Anugerah Terbaik IQRA Perempuan – Nur Alia Sofea Bt Zainuddin



























Warga SKSO mengucapkan sekalung tahniah kepada kesemua penerima-penerima anugerah dan diharapkan pada masa akan datang penerima-penerima anugerah ini dapat mengekalkan kecemerlangan seterusnya menjadi contoh atau ‘role model’ kepada semua pelajar SKSO khususnya. 





-Admin 5

Share:

Khamis, 8 November 2018

PROGRAM PENYEDIAAN BILIK DI HOTEL UITM DUNGUN


Tarikh                  : 8 November 2018
Masa                     : 8.00 pagi- 12.00Tengahari.
Tempat                  : Hotel Universiti Teknologi Mara, Dungun
Penglibatan          : 19 Murid PPKI SK Sultan Omar.
Guru Pengiring     : Encik Ariffin Bin Mat Zin
                              Puan Siti Rohani Binti Ariffin
                              Puan Rohaizan Binti Kassim
                              Puan Norhasni Binti Sidek


PPKI SK Sultan Omar telah mengadakan kerjasama dengan Pihak Perhotelan UITM Dungun bagi program Pengemasan Bilik atau ‘Housekeeping’ hotel. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid PPKI tentang kerjaya dan masa hadapan mereka dalam bidang perhotelan. Lawatan ini dimulakan dengan taklimat mengenai bidang perhotelan kepada murid. Murid turut dibawa ke kafe hotel dan bilik Dobi bagi melihat sendiri cara kerja kakitangan hotel tersebut.



Pengurusan makanan dan minuman.


 Pengurusan Dobi.


Murid berkumpul di Lobi sebelum dibawa ke bilik hotel untuk sesi penyediaan bilik.



Murid dibawa ke bilik hotel untuk melihat cara-cara penyediaan bilik oleh kakitangan hotel. Antara kemahiran yang terdapat dalam latihan penyediaan bilik ini adalah seperti penyediaan katil, pengemasan bilik air, mengelap perabot dan cermin serta menukarkan cadar dan tuala baharu. Murid juga berjaya melaksanakan kesemua kemahiran ini secara individu dan juga secara bimbingan.








Menerusi program ini, murid dapat menimba pengetahuan baru dalam bidang perhotelan dan juga dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Encik Samsul Bahri Bin Usman, Pengurus Besar Hotel UITM Dungun serta semua kakitangan hotel yang terlibat dalam menjayakan program Penyediaan Bilik di Hotel UITM Dungun.

Terima Kasih.






-Admin 5

Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support