- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Selasa, 5 November 2019

" OPS TAHARAH "

SKESO telah memperkenalkan satu program baharu yang dinamakan sebagai Ops Taharah. Program ini bertujuan untuk memastikan tahap kebersihan setiap bilik darjah berada pada tahap yang optimum & mengawal pergerakan anak-anak #SKESO sewaktu pulang.

Ops Taharah akan bermula 10 minit sebelum waktu pulang murid. Guru yang bertugas akan memaklumkan melalui pembesar suara akan pelaksanaan program ini. Guru-guru yang berada di dalam kelas akan memantau murid-murid untuk menjayakan Ops Taharah ini dengan membersihkan kelas, menyusun meja & memastikan semua kerusi diletakkan di atas meja.
Apabila selesai membersihkan kelas, semua murid akan beratur di luar kelas untuk mengikut bacaan surah Al-Asr & mengaminkan doa yang diketuai oleh pengawas yang bertugas. Guru-guru yang bertugas secara mingguan pula akan berada di sepanjang laluan murid yang telah ditetapkan bagi tujuan pengawalan trafik.

Setelah menjalankan Ops Taharah selama satu bulan, murid-murid berjaya menunjukkan satu adaptasi kepada sistem yang baharu. Selain itu, pergerakan pulang murid berjalan dalam suasana yang harmoni & tenteram. Tiada lagi kelibat murid-murid yang bertempiaran berlari.
Tambahan pula, murid-murid juga dapat disemai sikap menyantuni guru-guru apabila sepanjang perjalanan pulang tersebut, murid-murid akan bersalaman dengan guru sambil mengucapkan terima kasih.

Diharap program ini dapat menjadi satu penanda aras baharu yang mendorong kepada kemenjadian murid.
#SederapSehasratSatuMatlamat
#SEDERAMAT


Murid beratur di luar kelas.


Murid mengaminkan doa sebelum bergerak pulang.


Murid memastikan kelas berada dalam keadaan kemas dan bersih sebelum pulang.


Murid bergerak pulang dalam keadaan yang teratur mengikut laluan yang telah ditetapkan.
 

Guru bertugas mingguan menjaga di "checkpoint" yang telah ditetapkan untuk mengawal pergerakan murid.
Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support