- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Rabu, 30 Januari 2019

Kejohanan Hoki Bawah 12 Peringkat Zon Sura (Lelaki) 2019

Sukan hoki merupakan sukan wajib yang disertai oleh pasukan hoki SK Sultan Omar. Para jurulatih & para pemain pasti akan bertungkus lumus dalam membentuk satu gerak kerja berpasukan untuk mencapai misi yang diinginkan.

Kejohanan Hoki Bawah 12 Peringkat Zon Sura (lelaki)
Tempat: SM Sains Dungun
Tarikh : 29 Jan 2019
Masa : 2.00 ptg - 6.30 ptg
Guru Terlibat :
1. Suzihan bt Sulaiman
2. Norbiatuwadawiyah
3. Fauziah bt Hamzah
4. Salina bt Abdullah
5. Nor Roshanita Abdullah
6. Rahana bt Abas
7. Zairuddin Muhammad Nafi
8. Hafizuddin

Murid Terlibat: Murid tahap 2 (15org)
Keputusan: Naib Johan

Satu keputusan yang membanggakan apabila skuad hoki SK Sultan Omar mampu melangkah ke final. Walaupun gagal menundukkan pihak lawan, SK Balai Besar, tapi pencapaian menjadi naib johan sudah menjadi momen yang manis untuk dikenang bagi seluruh warga SK Sultan Omar. Tahniah!

ADMIN







Share:

Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah Peringkat Daerah Dungun 2019

Pasukan Sepak Takraw SK Sultan Omar telah berjaya memahat satu coretan sejarah baharu apabila berjaya mengungguli Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah Peringkat Zon Sura 2019. Kejayaan itu memberikan satu kelebihan kepada pasukan ini apabila layak secara otomatik k peringkat daerah.

Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Rendah Peringkat Daerah Dungun 2019
Tempat : SK Pulau Serai
Tarikh : 28 Jan 2019
Masa : 2.30 ptg - 6.30 ptg
Guru Terlibat :
1. Wan Kamrol Wan Abd Rahman
2. Zairuddin Muhammad Nafi
Murid Terlibat: Atlet Sepak Takraw (3 orang)
Keputusan:Peringkat Kumpulan

Meskipun tidak mendapat tempat pada kejohanan ini, sekalung penghargaan tetap diberikan kepada semua pihak yang terlibat khususnya para pemain & guru-guru pengiring yang telah memberi sumbangan bakti yang cukup membanggakan. Syabas SK Sultan Omar!

ADMIN2







Share:

Kejohanan Hoki Bawah 12 (Perempuan) Peringkat Zon Sura 2019

Walaupun tidak mempunyai ruang dan peluang yang secukupnya, pasukan hoki SK Sultan tidak menjadikan semua itu sebagai kekangan atau alasan untuk tampil  cemerlang dalam kelas yang tersendiri.

Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun Peringkat Zon Sura 2019 (kategori perempuan) 
Tempat : SM Sains Dungun
Tarikh : 28 Jan 2019
Masa : 2.00 ptg - 6.30 ptg
Guru Terlibat :
1. Suzihan bt Sulaiman
2. Norbiatuwadawiyah
3. Fauziah bt Hamzah
4. Salina bt Abdullah
5. Nor Roshanita Abdullah
Murid Terlibat: Murid tahap 2 (15org)
Keputusan:Tempat Ke-4.

Meskipun tidak mendapat tempat yang memuaskan, pujian & penghargaan tetap perlu diberikan kepada semua yang terlibat dalam kejohanan ini kerana menggalas nama sekolah dalam sesuatu pertandingan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Syabas pasukan hoki SK Sultan Omar!

ADMIN 2







Share:

Isnin, 28 Januari 2019

Kejohanan Merentas Desa MSSD Dungun 2019

Pasukan merentas desa yang dibarisi enam murid lelaki & enam murid perempuan memulakan langkah positif dalam penyertaan edisi 2019.

Kejohanan Merentas Desa MSSD Dungun 2019
Tempat : Padang Awam Kampung Seberang Pintasan
Tarikh : 24 Januari 2019 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Guru Pengiring
1. Mohd Raffi bin Ali
2. Ros Hasnita bt Abdullah
3. Nor Ahmad Shabaruzaman b. Mohd Nor

Murid yang terlibat
1. Azharulfikrie Hakim bin Azmi (6IBR)
2. Muhammad Amin Solihin b Mohd Rasid (6IBM)
3. Alif Hakim bin Shaharuddin (5IBA)
4. Ammar Yasir bin Hamedan (5IBS)
5. Muhammad Khairul Fitri b Mohd Nasir (5IBS)
6. Nur Iman Hamzah b Ahmad Yusri (4IBR)
7. Farah Nurnabilah bt Faizal Fadzli (6IBM)
8. Ania Mahirah bt Abdul Mannan (6IBM)
9. Puteri Asma' bt Ahmad Shahrul Radzuan (5IBR)
10. Nur Aini Aqilah bt Nazaruddin (5IBA)
11. Sayyidah Lubna bt Muhammad Hanafi (4IBR)
12. Nurul Zulaikha bt Nazaruddin (3IBR)

Pencapaian Terbaik :
Puteri Asma' bt Ahmad Shahrul Radzuan (ke-13 P12)

SK Sultan Omar mengakhiri kemarau mendapat tempat terbaik 15 apabila salah seorang peserta bagi kategori Perempuan Bawah 12, Puteri Asma' bt Ahmad Shahrul Radzuan yang berjaya mengekalkan momentum larian sejak dilepaskan, seterusnya memperolehi tempat ke-13. Syabas adik Puteri Asma'!

Kejayaan ini cukup manis untuk dikenang dan dijadikan satu batu loncatan bagi semua warga SK Sultan Omar untuk menuai banyak lagi kejayaan dalam lapangan masing-masing pada masa akan datang.

ADMIN2










Share:

Jumaat, 18 Januari 2019

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2019

Pihak sekolah sekali lagi berjaya mengelolakan satu program tahunan iaitu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2019.

Acara tahunan ini bertujuan untuk mencari & menggilap bakat murid yang boleh mewakili sekolah pada Kejohanan Merentas Desa MSSD Dungun yang bakal dianjurkan pada 24 Januari 2019 nanti.

Berikut merupakan butiran ringkas mengenai kejohanan merentas desa ini.
i. Bidang : Kokurikulum
ii. Nama Program : Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Sultan Omar 2019
iii. Hari : Khamis (17 Januari 2019)
iv. Tempat : SK Sultan Omar
v. Penglibatan : Semua murid

Acara ini telah diungguli oleh pasukan Laksamana yang mengumpul pungutan mata sejumlah 498 mata. Disusuli tempat kedua yang disandang oleh Bendahara (412 mata) seterusnya Syahbandar (385) & Temenggung (342).

ADMIN2














Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support