- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Sabtu, 5 Januari 2019

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat kembali ke sesi persekolahan 2019 dan Selamat Datang ke SK Sultan Omar bagi yang baru bertukar.
Jutaan tahniah diucapkan kepada semua warga SK Sultan Omar yang telah berjaya hadir pada minggu pertama yang baru sahaja melabuhkan tirainya. Semoga tahun 2019 ini menjadi pemangkin kepada semua warga sekolah untuk mengembleng sepenuh tenaga dan bakti bagi meningkatkan lagi kecemerlangan SK Sultan Omar dalam pelbagai bidang.

Buat anak-anak murid yang dikasihi, jadikan sesi persekolahan pada kali ini sebagai satu lapangan yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya. In shaa Allah, Sederap, Sehasrat, Satu Matlamatkita memacu kecemerlangan SK Sultan Omar.
Guru-guru menggunakan barcode untuk mengesahkan kehadiran ke sekolah
Lawatan Tuan Haji Zulkifli bin Ali ( Naib Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu) untuk menyampaikan sumbangan cek kepada PIBG SKSO
Guru besar dan guru menyambut kehadiran murid ke sekolah


First bell, first lesson.


Murid-murid pra sekolah memulakan sesi pertama
Guru membantu murid Tahun 1 untuk membeli di kantin
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support