- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Rabu, 20 Mac 2019

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI SKSO

Majlis sambutan hari lahir bagi murid PPKI SKSO, merupakan salah satu aktiviti pembelajaran selaras dengan elemen kurikulum KSSRPK. Majlis sambutan ini diakan empat bulan sekali. Antara tujuan utama majlis sambutan ini diadakan adalah bagi menghargai murid-murid PPKI SKSO. Selain itu ia menekan objektif seperti memberi pemahaman kepada murid mengenai konsep umur dan angka disamping dapat melatih murid dalam aspek pengurusan diri dan pengurusan tingkah laku. Majlis ini diadakan sebagaimana berikut :-

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling PPKI SKSO.
Tempat : Anjung Cakna Kasih PPKI SKSO
Tarikh : 20 Mac 2019
Masa : 9.30 pagi hingga 12.45 tengahari.
Jemputan : Encik Rohazal Bin Abdullah, Pegawai PPD Dungun, PKP SKSO Dr. Badariah Bt Omar, PKKO SKSO, Encik Abu Seman, Guru-guru dan ibu bapa murid.

Antara beberapa aktiviti menarik yang telah diadakan adalah seperti Nyanyian Lagu Hari Lahir bersama para jemputan, penyampaian hadiah (hadiah hari lahir, Kelas Terbaik dan Kehadiran Terbaik), Jamuan, Permainan Kotak Beracun serta persembahan istimewa daripada Choco The Bear.

Diharapkan majlis ini dapat diteruskan lagi untuk sambutan yang seterusnya.


permainan kotak beracun.


Penyampaian hadiah hari lahir kepada murid


bersama tetamu jemputan


Murid-murid PPKI seronok menyambut majlis hari jadi bersama rakan-rakan.



Share:

Sabtu, 9 Mac 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA PPKI KALI KE-11 DAERAH DUNGUN 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA PPKI KALI KE-11
DAERAH DUNGUN 2019





Kejohanan Olahraga PPKI Peringkat Daerah Dungun 2019 telah di sertai oleh 9 buah Sekolah Menengah dan 17 buah Sekolah Rendah.

Hari: Selasa & Rabu
Tarikh: 5-6 Mac 2019
Tempat: Trek Olahraga SMK Sultan Omar
Masa: 7.30- 2.00 pm
Penglibatan: 12 orang murid ( Perbarisan & Atlet), semua murid yang hadir & PPM pengiring.


NO.
NAMA GURU
TUGAS
1.
Siti Nor Aisyah Bt Rahman
Urusetia
2.
Amirul Zaireen B.Mohamad
Penyelia Peserta
3.
Ariffin Mat Zin
Pencatat Keputusan
4.
Siti Rohani @ Asmah Bt Ariffin
Penjaga Masa
5.
Salmanizam Bt Ramli
Penjaga Masa
6.
Wan Kamrol B Wan Abd Rahman
Penjaga Masa
7.
Hasfaliyana Bt Hashim
Lontar Peluru
8.
Zul Ehsan B Mohamad
Rejam Lembing
9.
Zurina Bt. Abd Ghani
Ketua Kontigen SKSO
10.
Norhasni Bt Sidek
Dokumentasi
11.
Khuzaimah Bt Omar
Hakim Penamat
12.
Zulkifli B Ismail
Guru Pengiring
13.
Rohaizan Bt Kasim
Guru Pengiring

Pencapaian:
1. Pingat Gangsa :  Zul Aiman (100M lelaki Junior) 
2. Pingat Gangsa : Mohd Aswad (Lontar Peluru L12)
3. Pingat Gangsa : Farid Haikal (50M Sindrom Down Terbuka Lelaki)
4. Pingat Gangsa: Nur Nadhirah (50M Sindrom Down Terbuka Perempuan)
5. Keempat: Mohd Afdhan (Lompat Jauh L12)













Share:

Isnin, 4 Mac 2019

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DUNGUN KALI KE-50 TAHUN 2019

Kejohanan Olahraga MSSD merupakan acara tahunan yang wajib diadakan bagi mencari serta mengenal pasti bakat dan potensi murid di daerah Dungun dalam acara padang dan balapan. SK Sultan Omar sudah tentu tidak ketinggalan menyertai kejohanan pada edisi ke 50 ini.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DUNGUN KALI KE-50 TAHUN 2019
Tarikh: 24 hingga 28 Febuari 2019
Tempat : Trek Olahraga SMK Sultan Omar
Penglibatan: 24 orang

SENARAI PEMENANG

BIL
NAMA PEMENANG
CATATAN
1
MUHAMMAD HELMI ARSYAD BIN MAT NORDIN
Pingat Gangsa
Lompat Jauh Kategori L11
Jarak : 3.60 meter

2
NUR ALIA SOFEA BINTI ZAINUDIN
Pingat Perak
Lompat Jauh Kategori P11
Jarak : 3.26 meter

3
MUHAMMAD SYAFIQ IRFAN BIN MOHD SAIFUL BAHARI
Pingat Gangsa
80m Berpagar Kategori L11
Catatan Masa : 16.38 saat

4
AZHARULFIKRIE HAKIM BIN AZMI
Pingat Gangsa
200m Kategori L12
Catatan Masa : 29.06 saat

5
MUHAMMAD ADAM HARITH BIN HAZAHA
AZHARULFIKRIE HAKIM BIN AZMI
MUHAMMAD AMIN SOLIHIN BIN MOHD RASID
MUHAMMAD FAHEEM IRSYAD BIN MOHD FAHMI

Pingat Perak
4x100m Kategori L12
Catatan Masa : 56.56 saat
6
MUHAMMAD ADAM HARITH BIN HAZAHA
AZHARULFIKRIE HAKIM BIN AZMI
MUHAMMAD AQEEL NAQIUDDIN BIN RUZSDAN
MUHAMMAD IRFAN HAIMAN BIN MOHD NAFIHA

Pingat Gangsa
4x200m Kategori L12
Catatan Masa : 2:05:84 saat

Jumlah Keseluruhan Pingat
2 Perak
4 Gangsa

Kedudukan Keseluruhan Kategori Sekolah Rendah
Tempat ke-14 daripada 49 buah sekolah bertanding


Alhamdulillah, kutipan pingat turut dilakarkan oleh pasukan SK Sultan Omar. Biarpun tidak berjaya mencetak pingat emas, namun kegigihan & semangat tidak mudah mengalah oleh segenap ahli pasukan wajar diberi pujian. Turut dihargai ialah usaha keras barisan jurulatih yang sentiasa mengetuai sesi latihan pasukan olahraga ini. Tidak lupa juga kepada Tuan Guru Besar dan pihak pentadbir yang sentiasa memberi kata-kata semangat pada setiap pagi kepada para atlet. Benarlah kata pujangga, akar yang kuat pasti menghasilkan buah yang elok. InshaAllah pasukan olahraga SK Sultan Omar akan kembali menggalas tanggungjawab mengharumkan nama sekolah pada edisi akan datang.

ADMIN2



































































Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support