Mesyuarat Agung PIBG SK Sultan Omar kali ke-40 sesi 2019/2020 berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 8.30 pagi, ibu bapa/penjaga telah membuat pendaftaran. Para jemputan VIP pula telah hadir jam 9.00 pagi.
Majlis telah diadakan seperti berikut :
Tarikh : 2 Mac 2019
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Terbuka Al-Ihsan SKSO
Penglibatan : 84 orang guru
135 orang ibu bapa/penjaga
Mesyuarat Agung dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Hanif Fathi bin Mohd Zain dan diikuti dengan bacaan Al-Quran ayat 1-10 Surah Al-Imran oleh adik Nur Muhammad bin Ahmad Yusri. Ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG dan Tuan Guru Besar SK Sultan Omar. Kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh YBh Puan Sri Datin Mimi Nur Liyana Lim binti Abdullah.
Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan ringkas daripada YDP PIBG 2018/2019, En. Aziz bin Adam dan seterusnya membentangkan agenda mesyuarat satu persatu. Setelah selesai semua agenda, perbincangan, soal jawab ibu bapa dan ahli jawatankuasa PIBG 2018/2019 dengan rasminya YDP membubarkan jawatankuasa sedia ada. Proses perlantikan jawatankuasa PIBG bagi sesi 2019/2020 dimulakan dengan melantik YDP dan NYDP dan seterusnya AJK ibu bapa dan guru.
En. Aziz bin Adam sekali lagi diamanahkan untuk menerajui PIBG SK Sultan Omar sebagai YDP bagi tahun 2019/2020 yang akan dibantu oleh En. Safuan bin Ismail sebagai NYDP. Bagi jawatan Setiausaha, Bendahari dan AJK Guru akan dilantik oleh Guru Besar SKSO. AJK dalam kalangan ibu bapa telah dilantik seramai 4 orang secara undian ramai. Semoga tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan jayanya. Tahniah!
Dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 tersebut maka sempurnalah Majlis Mesyuarat Aguang PIBG SK Sultan Omar kali ke-40 ini dan semoga mesyuarat Agung PIBG akan datang lebih meriah dan mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan daripada ibu bapa terutamanya. Inshaa Allah.
Bacaan doa oleh adik Hanif Fathi bin Mohd Zain |
Bacaan ayat-ayat suci oleh adik Nur Muhammad bin Ahmad Yusri |
Ucapan YDP PIBG En Aziz bin Adam |
Ucapan Tuan Guru Besar En. Ahmad bin Mohd Ali |
Ucapan Perasmian oleh Puan Sri Datin Mimi Nur Liyana Lim bt. Abdullah |
Persembahan dikir barat oleh Pasukan Dikir Barat SKSO |
Barisan AJK PIBG sesi 2018/2019 |
![]() |
Barisan AJK PIBG sesi 2019/2020 |
0 comments:
Catat Ulasan