- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Selasa, 26 Februari 2019

PROGRAM TEMU MURNI IBU BAPA PENJAGA MURID TAHUN 6

TARIKH: 25 FEB 2019
HARI : ISNIN
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK SULTAN OMAR
MASA: 2.00 PETANG


OBJEKTIF PROGRAM
1. Menyedarkan ibu bapa tentang peranan mereka dalam membantu anak-anak ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah.

2. Mewujudkan hubungan yang harmonis antara pihak sekolah/ guru-guru dan ibu bapa.

3. Menilai kekuatan dan kelemahan murid dalam ujian TOV yang telah diadakan.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih jua diucapkan kepada ibubapa penjaga kerana sudi meluangkan masa bagi memastikan kejayaan anak-anak UPSR tahun 2019. Kita teruskan.💪💪💪



YDP PIBG, En. Aziz bin Adam menyampaian kata-kata aluan.


Guru Besar SK Sultan Omar, En. Ahmad bin Mohd Ali menyampaikan ucapan.



Dr. Badariah bt Muda, Penolong Kanan Pentadbiran membentangkan analisis TOV 2019 dan perancangan progran UPSR bagi tahun 2019.












Share:

Isnin, 25 Februari 2019

Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Dungun Tahun 2019

Pasukan badminton SK Sultan Omar meneruskan lagi kemaraan di peringkat daerah setelah mengecapi kecemerlangan pada pertandingan di peringkat zon Sura.

📌Tempat : Dewan Taman Rakyat
📌Tarikh   : 15/02/2019
📌Guru     : Pn. Aizan bt Mohamad
                   Cik. Kavitha a/p Panner Silvan
                   Pn. Roslinda bt Mohd Nazir
             
📌Masa  :  8.00 - 6.00 ptg
📌Murid  :  Almas Irdina bt Mohd Junaidi (6IBS)
📌Pencapaian  :  Naib Johan Perseorangan Perempuan

Tahniah kepada wirawati badminton SK Sultan Omar, adik Almas Irdina bt Mohd Junaidi yang sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang naib johan bagi kategori Perempuan Bawah 12. Alhamdulillah! Kita juga berharap kecemerlangan ini akan diteruskan lagi pada edisi akan datang.

ADMIN 2






Share:

Kejohanan Hoki Bawah 12 Peringkat Daerah (Lelaki) Tahun 2019

Skuad hoki SK Sultan Omar meneruskan lagi perjuangan bagi peringkat yang seterusnya iaitu peringkat daerah Dungun.

Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah
Tempat: SM Sains Dungun
Tarikh : 14 Feb 2019
Masa : 2.00 ptg - 6.30 ptg
Guru Terlibat :
1. Suzihan bt Sulaiman
2. Norbiatuwadawiyah
3. Fauziah bt Hamzah
4. Salina bt Abdullah
5. Nor Roshanita Abdullah
6. Rahana bt Abas
7. Zairuddin Muhammad Nafi
8. Mohd Hafizuddin

Murid Terlibat: Murid tahap 2 (lelaki - 12 org)
Keputusan: Kalah peringkat kumpulan

Biarpun perit untuk menerima keputusan yang sukar ini, namun kecundang sekali bukan bermakna kecundang lagi pada masa akan datang. Skuad ini sudah pasti akan bangkit pada edisi selepas ini. Skuad hoki SKSO ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Hafizuddin atau nama timangannya di sekolah, Sir Hafiz kerana memberi sumbangan melatih murid hoki dengan sukarela.Tahniah Sir Hafiz👍👍👍

ADMIN 2















Share:

Jumaat, 15 Februari 2019

Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Dungun 2019

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling SK Sultan Omar kerana telah berjaya mengisi slot automatik ke peringkat daerah setelah beraksi cemerlang di peringkat Zon Sura bulan lalu.

Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Dungun 2019
Hari : Isnin
Tarikh : 11.2.2019
Tempat : SMK Paka
Penglibatan : 7 murid SKSO, 3 murid SK Balai Besar
Keputusan : kalah peringkat kumpulan (perbezaan jaringan)

Biarpun gagal mengulangi kejayaan seperti di peringkat zon, namun semangat & kerjasama berpasukan wajar diberi sekalung penghargaan serta pujian.

ADMIN2










Share:

Kejohanan Ping Pong MSSD Dungun 2019

Sukan ping pong yang merupakan salah satu sukan yang wajib disertai kerana bakat murid-murid di SK Sultan Omar dalam sukan ini tidak pernah tandus.

Kejohanan Pingpong MSSD Dungun 2019
Hari.      : Isnin
Tarikh   : 11.2.2019
Tempat : Dewan SMA Sultan Ismail Dungun
Penglibatan : 8 orang murid, & 5 orang guru
Keputusan: 3 orang murid layak ke suku akhir

Pada edisi kali ini, pasukan SK Sultan Omar gagal mengulangi kejayaan seperti edisi lepas. Pun begitu, pujian dan penghargaan tetap utuh diberikan kepada pasukan ini. Ayuh, SKSO! Kita cuba lagi pada masa akan datang kerana kita pasti boleh.

ADMIN 2








Share:

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon Sura Tahun 2019

Pertandingan Bola Jaring turut tidak terkecuali dalam pengisian slot awal sukan dan permainan. Meskipun pasukan bola jaring SKSO menghadapi pelbagai rintangan namun perjuangan untuk merebut kejuaraan diteruskan pada tahun ini.

Kejohanan Bola Jaring Zon Sura 2019
Hari.      : Isnin
Tarikh.   : 11.2.2019
Tempat : Dewan Arena Merdeka
Penglibatan Murid : 12 org murid
Penglibatan Guru :
1. Pn. Nooraliza Ali
2. Pn. Azida Alias
3. Pn. Zaini lilah
Keputusan: Peringkat Kumpulan (Tempat Ketiga)

Biarpun pasukan bola jaring SKSO bergelut dengan pelbagai masalah seperti ketiadaan pemain harapan yang menggalas tugas berbeza dalam sukan permainan yang lain, namun persiapan & persembahan yang diberikan tidak pernah mengecewakan. Namun harus diakui, banyak lagi aspek yang perlu diperhalusi & dipertingkatkan. InshaAllah pasukan ini pasti lebih bersedia pada kejohanan akan datang.

ADMIN2









Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support