- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Sabtu, 2 Februari 2019

Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 Peringkat Zon Sura 2019 (Perempuan)

Pertandingan bola tampar turut tidak terkecuali dalam pengisian slot awal bagi takwin sukan & permainan di peringkat zon Sura pada tahun 2019. Meskipun menghadapi pelbagai halangan seperti tidak mempunyai ruang bagi latihan secukupnya & ketiadaan pemain yang menjadi ayam tambatan, skuad SK Sultan Omar tidak pernah menyerah kalah sebelum bertanding.

Kejohanan Bola Tampar Peringkat Zon Sura 2019

Hari  :  Rabu
Tarikh  :  30.1.2019
Tempat  :  SK Sura
Penglibatan  :  12 murid dan 6 guru
Anjuran :  Zon Sura
Keputusan  :  Tempat ke3

Alhamdulillah, meskipun cabaran & rintangan dilalui, skuad yang dikendalikan oleh Puan Roslina bt Mohd Hanafi tidak pulang dengan tangan kosong. Itulah pentingnya semangat enggan mengaku kalah sebelum bertarung. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

ADMIN2









Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support