- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Ahad, 27 Januari 2013

LARIAN MERENTAS DESA 2013, SKSO

Pada 23 Januari 2013 yang lalu, sekali lagi SKSO telah dimeriahkan dengan kejohanan Merentas Desa. Acara yang sepatutnya bermula pada jam 8.30 pagi telah ditangguhkan sehingga jam 9.00 pagi kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Satu taklimat ringkas yang diketuai oleh En. Mohd Fadzli b. Ariffin telah diadakan. Setelah itu, bacaan doa pula telah diamin oleh Ustaz Haji Ahmad Munif b. Mohd Amin.





Apabila kejohanan berakhir... rumah MERAH telah diumum sebagai juara kejohanan Merentas Desa 2013. Tahniah diucapkan kepada rumah merah!!


Share:

Selasa, 22 Januari 2013

URUSAN PEMANGKUAN PPPLD KE GRED DGA34 DAN DGA32

Terbuka kepada semua guru PPPLD untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat Guru Besar, Penolong Kanan, Pegawai di JPN/PPD dan jawatan-jawatan lain di KPM bagi tahun 2013.
Syarat-syarat Umum:
1. Telah sah dalam perkhidmatan
2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT 2009, 2010 dan 2011
3. Bebas dari tindakan Tatatertib
4. Telah mengisytiharkan harta (2009 ke atas)
5. Lulus tapisan keutuhan SPRM
6. Bebas daripada Peminjam Tegar ITP
7. Diperakukan oleh Ketua Jabatan

Syarat Khusus:
Permohonan DGA34:
1. Mempunyai pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu mengikut kesesuaian jawatan
2. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA32 secara hakiki atau Time Based sebelum atau pada 31.12.2007

Permohonan DGA32:
1. Mempunyai pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu mengikut kesesuaian jawatan
2. Telah dilantik ke DGA29 sebelum atau pada 31.12.2006
3. Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di Gred DGA29.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 6 FEBRUARI 2013

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ketua Pembantu Tadbir, Tengku Aidah bt. Tengku Mustapha.

Dari Meja Pengurusan,
SK Sultan Omar, Dungun
Share:

Ahad, 20 Januari 2013

UJIAN TOV 2013, TAHAP 2

Adalah dimaklumkan Ujian TOV bagi murid-murid Tahap 2 akan diadakan sepertimana berikut:

ISNIN (21 Januari 2013):
08.00 am - 09.00 am   Bahasa Melayu (Pemahaman)
09.00 am - 10.20 am   Bahasa Melayu (Penulisan)
10.50 am - 11.50 am   Matematik K.2
11.50 am - 12.50 am   Matematik K.1

SELASA (22 Januari 2013):
08.00 am - 09.20 am   Sains
09.20 am - 10.20 am   Bahasa Inggeris K.1
10.20 am - 11.50 am   Bahasa Inggeris K.2

*Pengawasan kelas mengikut jadual waktu biasa guru
*Murid-murid Tahap 1 tidak terlibat dengan ujian ini kerana terbabit dengan  sistem pembelajaran KSSR.

Dari Meja Pengurusan
SK Sultan Omar, Dungun
Share:

PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2013


Pada hari ini, 20 Januari 2013, bertempat di Dewan Al-Ihsan, SK Sultan Omar telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Rasid bin Ibrahim, Setiausaha Penyelaras DUN Sura. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kehadiran ibubapa dan penjaga pada majlis tersebut sangat menggalakkan.








Objektif sebenar pemberian bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah.
Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua Warga SKSO atas kerjasama yang diberi dalam memastikan kelancaran program tersebut. Sesungguhnya setiap perbuatan baik itu, pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengannya, InsyaAllah.

 
Share:

Rabu, 16 Januari 2013

SKSO 2012....salam kenangan

2012 telah lama meninggalkan kita. Namun begitu terlalu banyak kenangan manis yang dilalui oleh Warga SKSO. Pada tahun lepas, SKSO telah berjaya menghasil satu produk yang berjaya mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat negeri. Tahniah dan terima kasih atas komitmen yang jitu dari jurulatih-jurulatih Pasukan Dikir Barat yang diketuai oleh Puan Majidah binti Ramli. Semoga tahun ini Pasukan Dikir Barat SKSO akan terus sukses!!



Di samping itu pihak sekolah juga telah mengadakan majlis Khatam Al Quran di mana program ini dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam. Syabas dan tahniah diucapkan!





Dan yang akhir sekali... pastinya Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik. Tahniah kepada semua murid-murid yang berjaya.










Bon Voyage 2012... Selamat Datang 2013.
Share:

Selasa, 15 Januari 2013

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1, 2013

Seperti kelazimannya.. setiap sekolah akan mengadakan minggu transisi khas untuk murid-murid Tahun 1 yang baru memasuki alam persekolah. Objektif program ini adalah bertujuan memberi pendedahan sebenar suasana alam persekolahan di samping merapatkan hubungan sesama rakan.

SK Sultan Omar baru sahaja selesai mengadakan program tersebut pada 10.1.2013 yang lalu. Berbagai aktiviti telah dirancang oleh AJK terlibat. Respon yang diterima sangat menggalakkan terutamanya ketika acara sukaneka dijalankan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan PK Pentadbiran mewakili Tuan Guru Besar SKSO. Kepada semua murid Tahun 1, kami mengucapkan selamat datang dan semoga anda seronok menjadi Warga SKSO!!





Share:

Selasa, 8 Januari 2013

Warga Pendidik SKSO mengalu-alukan kedatangan pelajar baru 
dan mengucapkan selamat kembali pada yang lama. 
Mudah-mudahan pada tahun ini SKSO akan terus menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.



Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support