- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Ahad, 20 Januari 2013

PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2013


Pada hari ini, 20 Januari 2013, bertempat di Dewan Al-Ihsan, SK Sultan Omar telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Rasid bin Ibrahim, Setiausaha Penyelaras DUN Sura. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kehadiran ibubapa dan penjaga pada majlis tersebut sangat menggalakkan.








Objektif sebenar pemberian bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah.
Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua Warga SKSO atas kerjasama yang diberi dalam memastikan kelancaran program tersebut. Sesungguhnya setiap perbuatan baik itu, pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengannya, InsyaAllah.

 
Share:

1 ulasan:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support