- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Ahad, 17 November 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 33 orang murid Tahun 6
Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, Sesi 2013
yang telah berjaya memperolehi 5A di dalam peperiksaan UPSR
seperti yang diumum baru-baru ini.


Semoga kejayaan anda hari ini akan menjadi inspirasi kepada adik-adik
yang bakal menduduki peperiksaan UPSR di masa akan datang
Share:

Rabu, 13 November 2013

TINDAKAN PERSEDIAAN CUTI AKHIR TAHUN 2013

Adalah dimaklumkan sesi persekolahan bagi tahun ini akan berakhir pada 14 November 2013 (Khamis) akan datang. Yang demikian, semua guru SKSO diminta merujuk kepada tindakan persediaan cuti sekolah yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sekolah bagi mengelakkan perkara berbangkit di kemudian hari.


Selamat Bercuti diucapkan kepada semua warga SKSO. InsyaAllah bertemu lagi kita pada 1 Januari 2014 akan datang.

Daripada:
Meja Pengurusan SKSO
Share:

Isnin, 11 November 2013

KENANGAN BERSAMA
YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI DIN BIN ADAM
Ketua Perhubungan UMNO Dungun


Share:
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
SK SULTAN OMAR, 2013


-Tarikh-        
11 November 2013 (Isnin)
-Tempat-      
Dewan al-Ihsan SKSO
-Perasmian Oleh-
Yang Berbahagia Dato' Haji Din bin Adam
Ketua Perhubungan UMNO Dungun

Ketibaan Tetamu Kehormat
Ucapan Guru Besar, En. Mohd Nor bin Chik
Ucapan Perasmian, Dato' Haji Din bin Adam
 Walaupun majlis berlangsung dalam suasana ringkas tetapi meriah dengan kehadiran dif-dif jemputan, ibu bapa dan penerima anugerah.

Tokoh Pelajar Lelaki - Fahmi Muklis b. Nor Nizam
Tokoh Pelajar Perempuan - Nurul Ainin Adibah bt. Mat Lazim



Di samping menyaksikan kejayaan anak-anak menerima hadiah, para hadirin turut dijamu dengan persembahan koir, dikir barat dan nyanyian murid Pra Sekolah.




Tahniah dan syabas diucapkan di atas kerja buat semua warga SKSO kerana menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.


Share:

Ahad, 20 Oktober 2013

KEPUTUSAN RASMI
KEJOHANAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA KE 27
SK SULTAN OMAR, 2013

RUMAH
EMAS
PERAK
GANGSA
KEDUDUKAN
TEMENGGONG
25
23
22
1
LAKSAMANA
15
16
12
2
BENDAHARA
14
10
16
3
SYAHBANDAR
12
13
21
4

           Kejohanan yang berakhir pada 10 Oktober 2013 (Khamis) lalu, menyaksikan rumah Temenggong dinobat sebagai Juara Keseluruhan dan diikuti dengan rumah Laksamana, Bendahara serta Syahbandar. Majlis perasmian pembukaan telah dilakukan oleh En. Nasran bin Salleh, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Dungun manakala majlis penutupan telah disempurnakan oleh En. Mohd. Nor bin Chik, Guru Besar SK Sultan Omar. Syabas diucapkan kepada yang berjaya dan pada yang gagal, jangan putus asa.... cuba lagi tahun hadapan.

SKSO BOLEH!!











Gagahnya berdiri di persada bumi
SKSO sentiasa dihargai
Tahniah! Terima kasih! ikhlas daripada kami
InsyaAllah tahun hadapan bertemu lagi

Share:

Khamis, 10 Oktober 2013

KEPUTUSAN
TEMASYA OLAHRAGA DAN SUKANEKA
2013

HARI KEDUA

RUMAH
EMAS
PERAK
GANGSA
KEDUDUKAN
TEMENGGONG
9
9
10
1
SYAHBANDAR
6
6
6
2
LAKSAMANA
5
4
3
3
BENDAHARA
4
5
5
4

Share:

Selasa, 8 Oktober 2013

KEPUTUSAN
KEJOHANAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA
2013

HARI PERTAMA

RUMAH
EMAS
PERAK
GANGSA
KEDUDUKAN
TEMENGGUNG
5
6
7
1
SYAHBANDAR
5
4
5
2
BENDAHARA
4
4
2
3
LAKSAMANA
2
2
2
4


Share:
KEJOHANAN OLAHRAGA & SUKANEKA
SKSO DUNGUN KALI KE 27

8 Oktober 2013 - 10 Oktober 2013
Padang SK Sultan Omar

Ikrar Kejohanan
KAMI BERIKRAR
BAHAWA KAMI AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN
DALAM KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN OMAR
KALI KE 27
DENGAN PENUH IKHLAS
DAN 
AKAN BERTANDING DENGAN SEMANGAT KESUKANAN
YANG TINGGI

kepada semua guru dan peserta, kami mengucapkan 
"Selamat Maju Jaya"

Gambar Ihsan Album : Sukan Tahunan SKSO kali ke 25

Dari:
Meja Pengurusan SKSO


Share:

Isnin, 30 September 2013

SKSO Juara Lagi!!

Sekalung tahniah buat pasukan Dikir Barat SK Sultan Omar
kerana muncul sebagai
JUARA
peringkat negeri Terengganu
buat kali kedua.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat tenaga pelatih
Pn. Majidah, Pn. Zuraida, Pn Norahan dan Cik Azizah
Sesungguhnya setiap kerja yang mulia pasti mendapat balasan yang setimpal dengannya.

SKSO BOLEH!!!



Share:

Rabu, 25 September 2013

SURAU AL IHSAN TERUS CEMERLANG

Tahniah di atas kemunculan Surau Al-Ihsan SKSO sebagai
JOHAN
Keceriaan Surau Peringkat Terengganu
dan seterusnya layak mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan 
dan bakal dinila pada Oktober akan datang.

Terima kasih kepada Pengurusan Sekolah terutamanya
En. Mohd Nor bin Chik (Guru Besar)
En. Kamarudin bin Omar (PK HEM)
Panitia Pendidikan Islam dan Panitia J-QAF
dan tidak lupa
AJK Keceriaan Surau yang bertungkus lumus menyiapkan semuanya
tanpa mengenal penat lelah.

SKSO BOLEH!!!






Share:

Isnin, 9 September 2013

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH
10 September 2013 - 12 September 2013

Kami, warga SK Sultan Omar, Dungun
mengucapkan
"Selamat Berjuang"
kepada semua calon UPSR 2013, SK Sultan Omar

"SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI KALIAN"


Share:

Ahad, 30 Jun 2013

PERISTIWA SEPANJANG MEI & JUN 2013

Sepanjang bulan Mei dan Jun 2013 yang lalu, 
beberapa program telah diatur dan dilaksanakan di SK Sultan Omar. 
Walaupun lewat dimuat turun, pihak pengurusan sekolah mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga 
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam memastikan kelancaran program tersebut.


- PERKHEMAHAN TAHUNAN -
Perasmian Oleh:
 En. Bakar bin Jusoh
(Pegawai Pelajaran Daerah Dungun)

Tarikh:
20 Jun 2013 - 22 Jun 2013





- MAJLIS ANUGERAH PELAJAR TARGET 5A, UPSR -
Perasmian Oleh:
Tn. Haji Fazillah bin Ibrahim
(Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun)

Tarikh:
19 Mei 2013





- SAMBUTAN HARI GURU, 2013 -
Perasmian Oleh:
En. Mohd Nor bin Chik
(Guru Besar, SK Sultan Omar)

Tarikh:
16 Mei 2013


YDP dan AJK PIBG yang banyak memberi sumbangan kepada sekolah

Acara Sukaneka antara Guru

Persembahan oleh guru dan murid-murid SKSO



Jamuan Guru dan Staf

Majlis Penyampaian Cenderahati dan Cabutan Bertuah


TERIMA KASIH DAUN KELADI
KEPADA 
WARGA SK SULTAN OMAR, 2013
Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support