- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Rabu, 16 Januari 2019

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR KALI 1

Pada 10,13,14,15 Januari yang lalu, jawatankuasa UPSR SK Sultan Omar telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR kali pertama bagi tahun 2019. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid Tahun 6 dengan teknik yang betul untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Selain itu, ia juga bertujuan melatih murid-murid untuk mencapai sasaran lulus 100% dalam semua mata pelajaran di samping membantu guru-guru mata pelajaran meningkatkan pengetahuan dengan kaedah pengajaran berkesan. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan, jawatankuasa UPSR dan guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dalam memastikan kecemerlangan murid-murid SK Sultan Omar. Kita teruskan !!! 💪

admin 3











Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support