- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Isnin, 10 September 2018

PROGRAM "SAYANGI MALAYSIA" ANJURAN PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH DUNGUN

Sempena Sambutan bulan kemerdekaan, pada 5 Sept 2018 (Rabu), Perpustakaan Awam  Dungun telah mengadakan Program "Sayangi Malaysia" yang bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Dungun. Beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya peraduan mewarna, basikal berhias dan lain-lain lagi. Sekolah Kebangsaan Sultan Omar telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Basikal Berhias. Seramai 5 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut, iaitu Muhammad Aqiel Irsyad bin Mohd Fahmi, Ahmad Faris bin Ali, Azharulfikrie Hakim bin Azmi dan Muhammad Zul Afiq bin Saifddin bersama guru pengiring, Puan Nor Hasmiza bt Mohamed. Masing-masing dari Tahun 4 dan 5. Meskipun penyertaan pertama kali ini tidak mendapat tempat di hati juri, namun ia memberikan satu pengalaman baru dan sangat bermakna kepada mereka. Sekalung tahniah kepada mereka atas usaha dan semangat yang bersungguh-sungguh dalam menghias basikal.

Bersama basikal berhias masing-masing.

      Kenangan penyertaan 2018, tahun depan kita cuba lagi.

  Bersama guru pengiring, Puan Nor Hasmiza bt Mohamed.


admin4
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support