- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Selasa, 11 September 2018

PROGRAM SENTUHAN KASIH MENJELANG UPSR BERSAMA KAUNSELOR


Pada 6 September 2018 (Khamis) yang lalu, jawatankuasa UPSR dan unit Kaunseling telah mengadakan program "Sentuhan Kasih Menjelang UPSR Bersama Kaunselor" yang berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Sultan Omar. Program ini bertujuan untuk meningkatkn motivasi murid-murid tahun 6  menjelang UPSR  yang bakal menjelang tidak lama lagi. Selain daripada itu juga, program ini dapat memberi pendedahan kepada calon berkenaan tentang tip-tip menghadapi UPSR. 

Perjalanan program ini dimulakan dengan Slot 1 yang mana menglibatkan murid-murid tahun 6 IBA, 6IBR dan 6 IBK. Slot ke 2 diteruskan lagi dengan penglibatan murid-murid dari kelas 6 IBS dan 6IBM. Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Abdullah bin Mohamad selaku kaunselor SK sultan Omar yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga apa yang telah disampaikan sedikit sebanyak membantu calon-calon UPSR pada tahun ini.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita mendoakan kejayaan murid-murid Tahun 6 dalam UPSR 2018 ini. Selamat Maju Jaya Semua...💪💪
En. Abdullah bin Mohamad (Kaunselor SK Sultan Omar).

Calon-calon UPSR mengaminkan doa.

Calon-calon mendengar amanah yang telah disampaikan. 



Program yang sangat membantu calon-calon untuk motivasikan diri mereka.

Harapan 

Program yang sangat memberi kesan kepada calon-calon UPSR SK SUltan Omar
admin 3
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support