- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Isnin, 10 September 2018

KARNIVAL KEUSAHAWANAN PPKI SK SULTAN OMAR, DUNGUN

Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu 

 Lagu "Namunku Punya Hati".

Sekali kita dengar agak biasa, namun setiap bait lagu sangat memberi makna kepada anak anak Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI) ini. Kekurangan yang ada pada anak-anak PKKI tidak menghalang mereka  menjayakan  Karnival Keusahawanan yang telah berlangsung di Dewan SKSO. 


Karnival ini berjalan selama 2 hari iaitu pada 5 dan 6 September 2018 dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Ahmad bin Mohd Ali. Aktiviti ini melibatkan  jualan daripada guru-guru PPKI, peniaga luar dan murid PASR yang menjual hasil projek Pro Khas 1 mereka iaitu kek cawan dan haiwan peliharaan. 

Antara booth dan aktiviti yang terlibat  adalah :
  • Gerai Keropok dan cucur ikan
  • Gerai haiwan peliharaan ikan dan kura-kura
  • Gerai Mee sup utara
  • Gerai Ayam Goreng dan Milo Ais Kepal
  • Gerai hasil jualan tanaman dari kebun PPKI SK Sultan Omar
  • Gerai Minuman
  • Gerai Kek Cawan
  • Pameran Jabatan Pertanian
  • Aktiviti memanah
  • Aktiviti berkuda
  • Teka berat kek dan bilangan ikan
  • Pertandingan mewarna 

Turut menghadirkan diri ke karnival ini adalah Encik Baharudin Ismail, Ketua Pentaksir negeri PASR.  Program ini telah berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Sebahagian hasil jualan turut disumbangkan ke Tabung Pembangunan PPKI.  PPKISO mengucapkan terima kasih atas sokongan semua warga SKSO, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Barisan guru-guru PPKI bersama pentaksir PASR En. Baharuddin.

Guru-guru memeriahkan karnival yang dijalankan.

Calon-calon PASR.

Jualan yang dikendalikan oleh calon PASR.

Jualan minuman

Guru-guru membantu menjayakan pentaksiran PASR.
Aktiviti berkuda

Aktiviti memanah.



Admin 3
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support