- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Isnin, 25 Februari 2013

SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

Hari ini pagi-pagi lagi seorang penjaga datang bertemu dan mengadu kepada Bos kami tentang anaknya di sebuah sekolah terkenal juga di daerah Kuala Terengganu ini. Setelah berlegar-legar dan berpusing-pusing beliau melahirkan rasa tidak puashati kepada guru di sekolah tersebut kerana mendenda anaknya yang kurang sihat. Suara amarahnya kepada guru dan sekolah anaknya boleh didengari sampai keluar. Nasib baik Bos kami yang merupakan bekas anak polis dan agak terkenal dengan "jengilnya" cool pagi ini. Kami difahamkan sekolah dan PIBG telah mengambil inisiatif menyelesaikan masalah ini, namun daripada apa yang tergambar adegan cerita ini masih ada plot yang belum tamat.
Kami yang telah biasa dengan keadaan ini hanya tersenyum walaupun sebagai manusia biasa dan juga guru merasa berdesing dan berdengung. Sabar je la. Mungkin sebahagian pendapatan atau gaji kami ialah untuk menerima kemarahan dan rasa tidak puashati pelanggan walaupun kadang-kadang sangat kecil. Sebagai orang yang pernah menjadi guru dan bergelumang dengan anak murid tidak ada niat untuk menganiaya murid apalagi mencedera dan "membunuh" murid.
Namun terdapat ibubapa atau penjaga zaman ini yang sayang tidak kena tempat bak kata orang tua-tua "cerdik tidak boleh tumpang, bodoh tak boleh diajar". Mari kita lihat permintaan tidak masuk akal seorang pembaca akhbar yang mungkin juga sebagai penjaga atau ibubapa kepada seseorang pelajar...
 Kemahuan gila dan permintaan tidak masuk akal ini dimuatnaik melalui seorang guru dan setakat ini telah dikongsi sebanyak 4,074 kali, 948 komen dan 2,404 like. Lihat respon dan komen cikgu berkenaan terhadap isu di atas.

Wahai mak bapak... tidaklah menjadi kegemaran guru untuk memarah, membebel, merotan dan memukul anak2 anda... kami x suka... kami sendiri banyak keje nak buat selain dari nak marah anak anda yang ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mungkin mewarisi sifat anda... tapi mahu atau tidak kami sebagai guru perlu untuk memastikan mereka belajar dan melaksanakan tugas. 
Wahai ibu bapa... adakah kamu patuh pada suruhan agama dan tuhan kamu? Kenapa kamu patuh? kerana kamu adalah insan... kerana kamu adalah hamba... dan kenapa pelajar perlu untuk patuh dan laksanakan tugas sebagai pelajar? Kerana mereka adalah pelajar dan mereka perlu untuk pbelajar. Saya juga patuh pada tuhan dan agama saya... saya juga patuh dan arahan pengetua. Sedang saya yang cikgu pun boleh dengar cakap... apa kuasa dan kehebatan anak anda sampaikan tidak boleh ditegur walau sedikit. apakah kuasa undang-undang sekarang membuatkan bapak dan ibu buta?
Wahai bapak dan ibu... kami para2 guru tidaklah kejam, tidaklah jahat dan tidaklah gila... malah, kami rasa lebih ramai guru2 yang menjadi gila... mendapat kencing manis, sakit jantung, darah tinggi semata2 menghadap muka anak2 anda setiap hari yang kurang ajar dan melawan guru tapi, masih... kesalahan diletakkan di tangan guru. Katanya guru tidak mengajar... wahai bapak dan ibu... kalau dah anak anda menjadi tuhan di sekolah, membuat undang2 sendiri boleh tidurdan x boleh kena marah bila x nak belajar, apa kuasa yang kami ada untuk jadikan anak anda sebagai manusia??
Kamu bukan tuhan yang boleh berikan hidayah... kami bukan nabi yang bersifat maksum dan pemaaf setiap masa. Kami hanya guru biasa yang mungkin tidak didengari suara.
Wahai bapak dan ibu... bila anak anda mendapat keputusan yang cemerlang... anda akan cakap... "sebab anak saya pandai"
Bila anak anda mendapat keputusan yang corot... jawapan anda... "cikgu tu x pandai mengajar"
Wahai bapak dan ibu... kalau dah macam ni la gayanya... anak anda akan menjadi bodoh... dan terus menjadi bangang abadi... walaupun guru yang mengajar anak anda itu... adalah guru dari syurga.
Sekian... terima kasih.
Yang benar... guru pendalaman Sarawak yang disayangi pelajar.

Sumber : Unit Sekolah Rendah JPNT
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support