- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Khamis, 25 Oktober 2018

MESYUARAT PERMUAFAKATAN IBU BAPA PPKI SK SULTAN OMAR KALI KE 8



Tarikh             :            25 Oktober 2018
Tempat           :            Bilik Mesyuarat SK Sultan Omar
Masa               :           8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Penglibatan     :           Semua guru dan ibu bapa PPKI SKSO
Kehadiran       :           Encik Mushaireen Bin Musa (YDP PIBG )
                                    Encik Norhisham Bin Rosli (NYDP PIBG)
                                    Tuan Ahmad Bin Mohd Ali (Guru Besar)
                                    Puan Badariah Binti Muda (Guru Penolong Kanan 1)
                                    Encik Ariffin Bin Mat Zin (Guru Penolong Kanan PPKI)


Mesyuarat Badan Permuafakatan Ibu Bapa PPKI SK Sultan Omar telah diadakan bagi memberi input dan pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai Peperiksaan Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dan INKLUSIF. Antara perkara yang yang disampaikan oleh Penyelaras Inklusif, Encik Zulkifli Bin Ismail adalah seperti perbezaan antara peperiksaan PASR dan UPSR dan kepentingan PASR kepada murid-murid PPKI.  Manakala INKLUSIF pula secara ringkasnya merupakan satu peluang atau alternatif kepada murid yang berpotensi untuk keluar daripada keupayaan Masalah Pembelajaran dimana murid telah berjaya menguasai 4 komponen utama dengan baik iaitu Komponen Pra Akademik, Kognitif, Kemahiran Motor Kasar/ Motor Halus dan Sosioemosi. Dalam erti kata mudah, INKLUSIF melayakkan murid PPKI untuk berada di dalam satu bilik darjah dan menerima Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) bersama dengan murid arus perdana.


Ibu bapa di seru bagi melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran murid bagi meningkatkan lagi kemahiran 4 komponen tersebut. Hasil dapatan mesyuarat pada kali ini, ibu bapa dan guru mendapat kata sepakat serta kerjasama yang jitu ke arah meningkatkan keupayaan murid-murid PPKI sesuai dengan hasrat Tuan Guru Besar dalam ucapannya, untuk melihat murid PPKI  agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan murid-murid lain.





















-Admin 5.

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support