- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Jumaat, 5 Oktober 2018


MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA UPKK 2018



            Program solat hajat bagi semua murid Tahun 5 yang akan menduduki Ujian Penilaian Kelas kafa (UPKK) Tahun 2018 telah berjaya diadakan buat julung kalinya pada 27 September 2018 , Khamis malam. Program ini turut dihadiri oleh pihak pengurusan sekolah, wakil-wakil PIBG, guru-guru dan tenaga pengajar kelas KAFA dan ibu bapa murid Tahun 5.

Pengisian program dimulai dengan solat maghrib, bacaan yaasin, tahlil seterusnya solat isyak dan solat hajat yang diimamkan oleh al-Fadhil ustaz Syed Abdillah bin Syed Sulaiman. Tuan YDP PIBG En. Aziz bin Adam dan Tuan Guru Besar Encik Ahmad bin Mohd Ali turut memberikan ucapan.

Program bertujuan untuk memohon keberkatan dan kerahmatan kepada murid-murid yang akan menduduki UPKK bermula 1 hingga 4 Oktober 2018. Mereka turut didedahkan dengan pemahaman konsep usaha,doa dan tawakkal. Majlis berjalan dengan lancar.




Solat Hajat yang diimamkan oleh al-Fadhil ustaz Syed Abdillah bin Syed Sulaiman.
Ucapan dari tuan guru besar dan YDP PIBG
   
Terima kasih kepada semua yg terlibat.

"Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat"

Admin 4
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support