- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Selasa, 9 Oktober 2018

PROGRAM BUBUR ASYURA (PROGRAM PASCA UPSR) MURID TAHUN 6 BERSAMA PKKI TAHUN 2018


Tarikh   : 9 Oktober 2018 (Isnin)

Tempat : Tempat letak kereta PPKI
Penglibatan:
·         YDP PIBG SK Sultan Omar
·         YDP PIBG PKKI SK sultan Omar
·         Guru-guru tahun 6
·         Guru-guru PPKI
·         Semua murid tahun 6
Objektif:   Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang semangat bekerjasama dan tolong-menolong serta mengeratkan ukhuwah di kalangan warga sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti memasak bubur asyura sempena bulan Muharram 1440 Hijrah. Program ini adalah inisiatif daripada AJK UPSR bersama kelas Program Pendidikan khas Integrasi (PKKI) SK Sultan Omar yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini dari awal hingga ke akhirnya.

Ia sekaligus memberi pengalaman kepada murid-murid dalam kemahiran penyediaan bahan memasak, memasak bubur asyura, membungkus, menghidang dan akhirnya mengagih. Aktiviti ini dimeriahkan lagi dengan penglibatan YDP PIBG Sk Sultan Omar, En Aziz bin Adam dan YDP PKKI En. Mushaireen bin Musa.

Kesemua pihak yang terlibat kelihatan gembira walaupun agak keletihan demi menjayakan program yang diadakan ini. Semoga program seperti ini mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga SK Sultan Omar. Tahniah diucapkan!
Sederap, sehasrat, satu matlamat

admin3











Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Blog Archive

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support