- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Sabtu, 20 April 2019

SCIENCE IS FUN


PROGRAM :
SCIENCE IS FUN

HARI / TARIKH :
AHAD ( 7 APRIL 2019 )

TEMPAT : 
DEWAN AL IHSAN SK SULTAN OMAR

PENGLIBATAN :
Semua Murid Tahun 3
18 Orang Pelajar UiTM Dungun
2 Orang Pensyarah UiTM Dungun


Program Science is Fun ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Pengurusan Operasi UiTM Dungun. Seramai 116 orang murid tahun 3 SK Sultan Omar bersama 18 orang pelajar UiTM serta 2 orang pensyarah telah terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti ini.

Tujuan pelajar-pelajar UiTM menjalankan program ini adalah bagi menunjukkan kepada murid-murid sekolah yang sains itu sesuatu yang menyeronokan. Melalui aktiviti sains ini, para pelajar UiTM  dan warga sekolah berpeluang bersama-sama melakukan ekperimen dan seterusnya dapat menanam minat dalam kalangan pelajar terhadap sains. 

Apa yang lebih menyeronokkan kepada semua murid ini, apabila mereka telah diberi peluang untuk menyertai aktiviti seperti kuiz serta membuat eksperimen sendiri mengikut stesen yang mereka lawati. Sesuatu yang baru kepada murid-murid ini apabila berpeluang untuk menyaksikan bagaimana kejadian gunung berapi terhasil. Banyak aktiviti yang menarik telah disediakan mengikut jadual.


                                      1. Pertunjukan Sains 
                                      2. Senses
                                      3. Touch
                                      4. Hearing and Sight
                                      5. Taste and smell
                                      6. Gas and chemical reaction
                                      7. Milky rainbow experiment
                                      8. Electric station
                                      9. Denser Than You Think

Program sebegini sangat mengujakan murid-murid kerana mereka dapat mengalami sendiri pengalaman ketika melakukan setiap eksperimen. Disamping dapat menambahkan pengetahuan baru kepada mereka ianya juga dapat memberi pengalaman yang manis serta menyeronokan dalam hidup mereka semua.


Pelancaran Perasmian Program oleh Tuan Guru Besar 
En. Ahmad b. Mohd Ali





Pelbagai aktiviti menarik yang murid ikuti sepanjang program berlansung









#sederapsehasrat1matlamat
#blogger3


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support