- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Isnin, 1 April 2019

KEM KECEMERLANGAN UPSR FASA 1 2019

Pada 19 - 21 Mac yang lalu jawatankuasa UPSR telah mengadakan dua kem kecemerlangan UPSR yang telah dijalankan secara serentak. 

Bertempat di Teratai Emas Beach Resort, Rantau Abang, seramai 65 orang murid target telah berjaya menamatkan Kem Kecemerlangan ini dengan jayanya. Kem ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang cara menjawab kertas UPSR bersama Jurulatih Utama Daerah dalam setiap subjek UPSR. Mereka mendapat input yang sangat berguna dan dapat diaplikasikan dalam menjawab kertas UPSR nanti. Selain itu juga, slot motivasi turut di berikan dan sangat memberi kesan positif kepada mereka.

Fasilitator:
1. En Abdullah B. Mohamad ( Guru Kaunseling SK Sultan Omar)
2. En. Musa b. Awang (Motivator)
3. En. M. Zamree bin Zakaria ( Pemeriksa Kertas B. Inggeris)
4. Pn. Zarimah bt Yaakob ( Pemeriksa Kertas Sains)
5. En. Che Wan Muzafar b. C. W. Kamam ( Pemeriksa Kertas B. Melayu)
6. En. Shanrudin b. Karim (Panel Modul)


Pada masa yang sama, bertempat di SK Sultan Omar, Kem Halus (Harapan Lulus) turut dijalankan secara berfokus dan melibatkan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil dan tertunding bersama gandingan guru-guru yang hebat. Kem ini disertai oleh seramai 69 orang murid. Mereka didedahkan dengan cara menjawab kertas UPSR mengikut tahap masing-masing.

Adalah diharapkan murid-murid ini, mendapat pengalaman dan input yang berguna dalam menyiapkan diri menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Semoga impak ini menyumbang ke arah Kecemerlangan UPSR 2019 nanti. In Sha Allah...

Ribuan terima kasih diucapakan kepada pengurusan SK Sultan Omar, Jawatankuasa UPSR, Unit Kaunseling, Unit Agama dan semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang. Terima Kasih...

Kita Teruskan 


Admin 3


KEM KECEMERLANGAN HALUS (HARAPAN LULUS)









KEM KECEMERLANGAN TARGET










Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support