- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Sabtu, 20 April 2019

LAWATAN BERMAKLUMAT DI BANDARAYA KUALA TEREANGGANU


PROGRAM PANITIA SAINS 2019:
LAWATAN BERMAKLUMAT DI BANDARAYA KUALA TEREANGGANU


Lawatan sambil belajar merupakan salah satu pendekatan PdPC Sains. Pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah ini boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokan dan bermakna. Satu lawatan sambil belajar ke Pusat Sains dan Kreativiti PSKT, Kids Frenzy Carnival di PB Square dan melawat ke sekitar Bandar Kuala Terengganu telah dilaksanakan pada hari Ahad, 7 April 2019.

Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru telah menyertai lawatan ini. Masa lawatan ini bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 7.30 malam. Lawatan ini memberi peluang kepada murid SK Sultan Omar untuk menerokai dunia sains melalui pembelajaran yang menyeronokan iaitu melalui pameran dan aktiviti secara interaktif.

Penganjuran lawatan oleh Panitia Sains ini adalah bertujuan untuk membantu murid mengalami satu pengalaman yang baru dalam PdPC. Ianya juga menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan setiap yang dipelajari di sekolah melalui permainan interaktif yang disediakan berteraskan Sains dalam kehidupan seharian mereka.

Diharapkan program lawatan sambil belajar ini dapat memberi peluang kepada murid untuk mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan dengan apa yang mereka lihat dan pelajari. Semoga lawatan ini memberi pengalaman, pengetahuan dan kenangan yang berharga kepada semua murid dan guru-guru yang terlibat.


Sekitar aktiviti di Pusat Sains dan Kreativiti PSKT









Sekitar aktiviti di Kids Frenzy Carnival












#sederapsehasrat1matlamat
#blogger3

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support