- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Sabtu, 27 Julai 2019

Kejohanan Bola Sepak Zon Sura Bawah 12 Tahun


Skuad bola sepak SK Sultan Omar di bawah kendalian jurulatih Ustaz Syafie Ahmad telah melakar sejarah baharu pada tahun 2019 apabila berjaya melayakkan diri ke pentas final menentang pasukan tuan rumah. Perlawanan yang terikat 1-1 terpaksa dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti. Selepas ketiga-tiga sepakan penalti turut buntu mencari johan, akhirnya perlawanan terpaksa ditentukan oleh "sudden death".
Nasib tidak menyebelahi skuad bola sepak SKSO apabila tewas pada penentuan sepakan penalti "sudden death". Keputusan penuh penentuan penalti memihak kepada SK Gong Pasir dengan 4-3.
Pujian & kredit wajar diberikan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya para pemain serta jurulatih kerana memberikan sebuah persembahan yang sangat menakjubkan. Lebih manis apabila ayam tambatan SKSO, adik Azharulfitrie Azmi yang berjaya menggondol anugerah Penjaring Gol Terbanyak. Tahniah!

Tarikh  :  29 April 2019 (Isnin)

Masa  :  2:30 petang

Tempat  :  SK Gong Pasir

Penglibatan Murid  :  15 orang

Guru Pengiring: 
1. Cikgu  Abu Seman Bin Mat Salleh (GPK KO)
2. Ustaz Syafie Bin Ahmad
3. Ustaz Mohd Supian Bin Deraman
4. Cikgu Mohd Raffi Bin Ali

Pencapaian
1. Naib Johan
2. Penjaring gol terbanyak


Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat











Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support