- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Selasa, 24 Julai 2012

LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN


SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN OMAR, 23000 DUNGUN, TERENGGANU

UNIT : Pengakap, Pergerakan Puteri Islam, Pandu Puteri Tunas, Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), dan TKRS PPKI.

   PROGRAM / AKTIVITI : Perkhemahan Unit Beruniform 2012 SK Sultan Omar. 
   TARIKH PERLAKSANAAN : 5 Julai 2012 sehingga 7 Julai 2012.
   TEMPAT : Padang Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun, Terengganu. 
   MASA : Bermula jam 2.30 petang (Khamis 5 Julai 2012) sehingga jam 12.00 tengahari (Sabtu 7 Julai 2012).

   OBJEKTIF : 
·       Untuk memupuk semangat bekerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
·      Untuk memupuk sikap berdikaridan bertanggungjawab dalam diri peserta.
·      Untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru SKSOD.
·      Untuk memberi pendedahan, pengalaman serta kemahiran untuk peserta mengurus diri dengan lebih berkesan dan cekap.
·      Untuk menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiap peserta.

    KUMPULAN SASARAN : Murid tahun 4,5 & 6 SKSOD.
    BILANGAN PESERTA : 162 orang.
Pengakap          =   36 orang
TKRS                 =   32 orang
Puteri Islam      =   30 orang
Pandu Puteri     =   30 orang
PBSM                  =   30 orang
                                               TKRS PPKI         =    4 orang
  
    DAPATAN :
11.1      KEKUATAN :
Peserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan  melalui aktiviti yang dijalankan. Setiap peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang perkhemahan ini. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa depan.
11.2      KELEMAHAN :
Terdapat segelintir guru yang masih tidak memakai pakaian seragam unit beruniform semasa upacara perasmian perkhemahan berlangsung.
    PENAMBAHBAIKAN : Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan
    program pada masa hadapan.
    PENUTUP :
Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah berakhirnya program perkhemahan ini. Nyatanya mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan murid SKSOD yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah. 
 
Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung :


 

 


Share:

2 ulasan:

  1. kamu sebagai setiausaha unit uniform sekolah dikehendaki

    BalasPadam
  2. salam, izinkan saya untuk meminjam gambar sebagai esaimen saya :)

    BalasPadam

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support