- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Isnin, 19 Mac 2012


SPBA BATAL, SSM DITAMBAHBAIK



Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SPBA ) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


Sehubungan dengan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia ( SSM ), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.


Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.


Pelarasan Gaji berdasarkan Gaji Matrik SSM dan diberi peratusan seperti berikut :


* 13% untuk kumpulan PNP dan kumpulan Pelaksana ( Gred 1 - 54 )
* 9% untuk Gred JUSA A, B dan C
* 8% untuk Gred Turus 2 & 3
* 7% untuk Gred Turus 1 dan Gred KSN 

Struktur jadual Gaji SSM diubah ke Jadual Gaji Min-Minimum.

* KGT Gred 1 - 54 = RM80 - RM320
* KGT Gred JUSA = Kekal seperti dalam SSM

- Elaun COLA kawasan B di naikkan dari RM200 kepada RM250.
- Elaun COLA kawasan C di naikkan dari RM100 kepada RM150.
- Elaun BIPK, BIW, BIP dan BISP dikekalkan pelaksanaan mengikut SSM Guru. ( Laluan kerjaya ikut timebased )

* Pelarasan Gaji bermula 1 Januari 2012, akan dibayar pada Mac atau April. 
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support