360 DARJAH GANTI PTK
PUTRAJAYA : Mulai 1 Julai depan prestasi kakitangan awam akan dinilai
menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan
kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk
pertimbangan sebuah panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan
kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.
Konsep baru yang nama khususnya sedang dikenal pasti, akan
digunakan untuk menilai tahap kecekapan kira-kira 1.2 juta kakitangan
awam bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan
pada 1 Januari lalu, selepas digunakan selama lapan tahun sejak 1
November 2002.
0 comments:
Catat Ulasan