Program ini dijalankan untuk memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas SK Sultan Omar melihat sendiri rupa bentuk dan jenis-jenis penyu yang ada di pesisiran pantai di Terengganu terutamanya di kawasan pantai Dungun. Selain itu, melalui aktiviti ini turut memberi maklumat yang berguna kepada murid-murid Pendidikan Khas mengenai kitaran hidup penyu dan sebab mengapa kita perlu memelihara dan menjaga persisiran pantai agar kelangsungan hidup spesis penyu tidak pupus dan dipelihara.
proses penetasan penyu
Replika penyu yang terdapat di Pusat Konservasi.
Tidak melepaskan peluang bergambar dengan replika penyu.
Kecomelan penyu ini menggamit minat murid untuk mengenali spesies terancam ini dengan lebih dekat.
Jenis-jenis telur mengikut spesies penyu.
Bergambar kenang-kenangan.
Akhir kata, warga SK Sultan Omar mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Rantau Abang, Dungun atas kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga masyarakat kita sedar dan bersama-sama mencegah penyeludupan telur penyu secara haram serta menjaga kebersihan pantai bagi memastikan kelansungan hidup spesies unik ini.
Sekian, terima kasih.
-Admin 5.
0 comments:
Catat Ulasan