Tarikh : 22 Oktober 2018
Tempat : Marrybrown Dungun
Penglibatan : Murid PPKI dan Pra PPKI
Pengiring : Kesemua guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) PPKI dan Pra PPKI SK Sultan Omar
Aktiviti penyediaan Burger dan sambutan hari lahir ini diadakan adalah bagi memberi pengetahuan baru kepada murid-murid PPKI dalam penyediaan makanan iaitu Burger dan juga menyambut hari lahir murid di restoran kegemaran kanak-kanak iaitu Marrybrown. Antara objektif utama program ini adalah bagi mendidik murid meningkatkan keyakinan diri, membentuk disiplin dan memberikan pengalaman baru kepada murid dalam penyediaan makanan yang dilakukan secara individu dan juga dengan bantuan guru dan PPM.
Murid bersedia menjalani aktiviti penyediaan burger.
Murid kelihatan teruja menjalani aktiviti ini.
Mematuhi prosedur kebersihan penyediaan makanan.
Bahan utama burger iaitu daging dan roti untuk semua murid.
Murid menunjukkan bakat dan kemahiran mereka.
Memotong kek hari jadi bersama maskot Marrybrown.
Teruja menerima hadiah hari jadi yang disampaikan oleh maskot.
Bergambar kenangan.
Menerusi program ini murid juga dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka berhadapan dengan orang awam dengan mengaplikasikan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan berkelakuan baik ketika di tempat awam dan mendengar arahan serta mengikut peraturan di tempat awam dengan baik seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.
Sekian, terima kasih.
-Admin 5
0 comments:
Catat Ulasan