MINGGU PANATIA PENGURUSAN KEHIDUPAN ANJURAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
25-28
Februari 2019
Minggu Pengurusan
Diri merupakan aktiviti yang dijalankan setiap tahun untuk murid-murid Pendidikan
Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Sultan Omar. Program ini dijalankan selama
satu minggu bagi membantu dan memberi pendedahan awal kepada
murid berkeperluan khas untuk menguruskan diri sendiri dengan bimbingan
guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid. Selain daripada pengurusan diri
sendiri seperti berpakaian kemas dan bersih, murid-murid juga diberi penekanan
terhadap disiplin dan peraturan yang telah digariskan oleh pihak sekolah.
Pendedahan ini membantu murid-murid dengan kepelbagaian keupayaan untuk lebih
mengahargai diri dan sekaligus menjalani kehidupan bermakna. Penglibatan semua guru, PPM serta murid dalam 50 orang.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
- Sayangi Gigi
- Gotong-royong
- Permainan Padang
- Santapan Rohani
- Lawatan ke Perpustakaan Dungun
- Tayangan Informatif
- Memakai Baju Berbutang
- Pertandingan Mewarna
(Permainan Padang)
(Mewarna)
( Tayangan Informatif)
(Sayangi Gigi)
(Membutang Baju)
( Mengetip kuku)
(Gotong-Royong)
(Lawatan ke Perpustakaan Awam Dungun)
(Penyampaian hadiah dan penutup Minggu Panatia Pengurusan Kehidupan)
Tahniah buat semua
BalasPadam