Masa : 7.30 pagi
Venue : Balora, Al-Muktafi Billah Shah, Durian Mas, Dungun.
Pengurus Pasukan :
En. Nor Ahmad Shabaruzaman Bin Mohd Nor
Guru Pengiring :
1. En. Zairuddin Bin Muhammad Nafi
2. Pn. Norbiatuwadawiyah Binti Yasin
Pasukan SK Sultan Omar turut serta dalam karnival edisi ini dengan membariskan empat peserta bagi setiap kategori iaitu Lelaki Bawah 11 dan Perempuan Bawah 11.
Misi SKSO kali ini tidak seperti dahulu yang mana hanya menyertai tanpa sebarang sasaran. Kali ini, pasukan SKSO tampil dengan beberapa atlet yang masih 'hijau'. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta baharu ini supaya dapat mengadaptasikan diri dengan suasana pertandingan sebenar.
Peserta lelaki dibarisi oleh Muhammad Irfan Haiman bin Mohd Hanifa (5 IBS), Sheikh Izzudein Abdussalam (5 IBS), Muhammad Isyraf b Saharudin (4 IBM) dan Zulfadli b Anwar (4 IBA)
Peserta perempuan pula dibarisi oleh Farah Nurnabilah Izati bt Faizal (5 IBR), Nur Aini Aqilah bt Nazaruddin (4 IBR), Fara Daniesya bt Mohd Zafri (2 IBR) dan Nurul Zulaikha bt Nazaruddin (2 IBR).
Melalui karnival ini, pihak pengurus dapat mengesan bakat yang ada pada Nur Aini Aqilah dan adiknya, Nurul Zulaikha serta Fara Daniesya. InshaAllah, pihak pengurus tidak akan mensia-siakan bakat yang ada pada mereka dengan mengatur dan menyusun jadual latihan berkala yang khas untuk mereka serta murid-murid yang dilihat berpotensi menyinar dalam acara merentas desa ini.
0 comments:
Catat Ulasan