Tarikh : 15 Oktober 2018 (Isnin)
Tempat : Pusat Sains Dan Terengganu Trade Center (TTC) Kuala
Terengganu
Penglibatan : Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan
Pra PPKI Sk Sultan Omar
Program PPKI telah mengadakan lawatan ke Pusat Sains dan
Pameran Artifak Nabi Muhammad S.A.W. bertempat di Kuala Terengganu. Program ini melibatkan 53 orang murid PPKI dan Pra PPKI, diiringi oleh 14 orang guru dan 5 orang Pembantu Pengurusan Murid. Program ini turut melibatkan sarana ibu bapa murid PPKI iaitu seramai 12 orang yang hadir memberi sokongan terhadap program ini. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa bagi menyertai program ini.
Program ini
dijalankan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid istimewa melihat
lebih dekat tentang Alam Sains. Program ini turut menggalakkan serta mewujudkan
keinsafan dalam diri peserta rombongan untuk memahami lebih mendalam tentang Sains dan
Teknologi menerusi pelbagai bidang seperti Biologi, Kimia, Fizik, Sistem Suria dan banyak lagi. Murid juga seronok mencuba semua kemudahan yang terdapat di Pusat Sains tersebut.
Murid mencuba memasang organ sambil memerhati rupa bentuk sebenar organ manusia.
Peserta tertarik dengan bunyi yang dihasilkan daripada Drum ini.
Terapi cara kerja yang mampu meningkatkan kemahiran motor halus dan fokus murid.
Try and error. Murid teruja mencuba sendiri litar arus elektrik.
Permainan ini melibatkan semangat kerjasama yang tinggi oleh semua ahli kumpulan.
Fokus mendengar penerangan mengenai Terrarium.
Bergambar kenangan dengan semua peserta rombongan.
Seterusnya rombongan lawatan bergerak ke Terengganu Trade Center (TTC) untuk melihat Pameran Artifak Nabi Muhammad S.A.W. . Menerusi pameran ini, murid dapat melihat dengan lebih dekat lagi artifak Nabi Muhammad dan sahabat baginda serta mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai sirah Rasulullah S.a.w. .
Manuskrip pertama Ayat-Ayat Al-Quran.
Tidak melepaskan peluang bergambar dengan replika artifak yang dipamerkan.
Menerusi pameran artifak Nabi Muhammad S.aw., ianya dapat
merperkayakan pengetahuan murid-murid istimewa tentang sejarah hidup Nabi
Muhammad S.A.W. . Selain itu, ia juga dapat menyedarkan murid-murid ini tentang kepentingan mempelajari sirah Rasulullah S.a.w. dan menyemat keinsafan dalam diri murid-murid.
Semoga ilmu dan maklumat yang dipelajari menerusi program ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Sekian, terima kasih.
-Admin 5.
0 comments:
Catat Ulasan