Sempena Sambutan bulan kemerdekaan, pada 5 Sept 2018 (Rabu), Perpustakaan Awam Dungun telah mengadakan Program "Sayangi Malaysia" yang bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Dungun. Beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya peraduan mewarna, basikal berhias dan lain-lain lagi. Sekolah Kebangsaan Sultan Omar telah dijemput untuk menyertai Pertandingan Basikal Berhias. Seramai 5 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut, iaitu Muhammad Aqiel Irsyad bin Mohd Fahmi, Ahmad Faris bin Ali, Azharulfikrie Hakim bin Azmi dan Muhammad Zul Afiq bin Saifddin bersama guru pengiring, Puan Nor Hasmiza bt Mohamed. Masing-masing dari Tahun 4 dan 5. Meskipun penyertaan pertama kali ini tidak mendapat tempat di hati juri, namun ia memberikan satu pengalaman baru dan sangat bermakna kepada mereka. Sekalung tahniah kepada mereka atas usaha dan semangat yang bersungguh-sungguh dalam menghias basikal.
Bersama basikal berhias masing-masing.
Kenangan penyertaan 2018, tahun depan kita cuba lagi.
Bersama guru pengiring, Puan Nor Hasmiza bt Mohamed.
admin4
0 comments:
Catat Ulasan