Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu
Lagu "Namunku Punya Hati".
Sekali kita dengar agak biasa, namun setiap bait lagu sangat memberi makna kepada anak anak Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI) ini. Kekurangan yang ada pada anak-anak PKKI tidak menghalang mereka menjayakan Karnival Keusahawanan yang telah berlangsung di Dewan SKSO.
Karnival ini berjalan selama 2 hari iaitu pada 5 dan 6 September 2018 dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Ahmad bin Mohd Ali. Aktiviti ini melibatkan jualan daripada guru-guru PPKI, peniaga luar dan murid PASR yang menjual hasil projek Pro Khas 1 mereka iaitu kek cawan dan haiwan peliharaan.
Antara booth dan aktiviti yang terlibat
adalah :
- Gerai Keropok dan cucur ikan
- Gerai haiwan peliharaan ikan dan kura-kura
- Gerai Mee sup utara
- Gerai Ayam Goreng dan Milo Ais Kepal
- Gerai hasil jualan tanaman dari kebun PPKI SK Sultan Omar
- Gerai Minuman
- Gerai Kek Cawan
- Pameran Jabatan Pertanian
- Aktiviti memanah
- Aktiviti berkuda
- Teka berat kek dan bilangan ikan
- Pertandingan mewarna
Turut menghadirkan diri ke karnival ini adalah Encik
Baharudin Ismail, Ketua Pentaksir negeri PASR. Program ini telah berjalan
lancar dan mencapai objektifnya. Sebahagian hasil jualan turut disumbangkan ke
Tabung Pembangunan PPKI. PPKISO mengucapkan terima kasih atas sokongan
semua warga SKSO, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
0 comments:
Catat Ulasan