PROGRAM :
SCIENCE IS FUN
HARI / TARIKH :
AHAD ( 7 APRIL 2019 )
TEMPAT :
DEWAN AL IHSAN SK SULTAN OMAR
PENGLIBATAN :
Semua Murid Tahun 3
18 Orang Pelajar UiTM Dungun
2 Orang Pensyarah UiTM Dungun
Program Science is Fun ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Pengurusan Operasi UiTM Dungun. Seramai 116 orang murid tahun 3 SK Sultan Omar bersama 18 orang pelajar UiTM serta 2 orang pensyarah telah terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti ini.
Tujuan pelajar-pelajar UiTM menjalankan program ini adalah bagi menunjukkan kepada murid-murid sekolah yang sains itu sesuatu yang menyeronokan. Melalui aktiviti sains ini, para pelajar UiTM dan warga sekolah berpeluang bersama-sama melakukan ekperimen dan seterusnya dapat menanam minat dalam kalangan pelajar terhadap sains.
Apa yang lebih menyeronokkan kepada semua murid ini, apabila mereka telah diberi peluang untuk menyertai aktiviti seperti kuiz serta membuat eksperimen sendiri mengikut stesen yang mereka lawati. Sesuatu yang baru kepada murid-murid ini apabila berpeluang untuk menyaksikan bagaimana kejadian gunung berapi terhasil. Banyak aktiviti yang menarik telah disediakan mengikut jadual.
1. Pertunjukan Sains
2. Senses
3. Touch
4. Hearing and Sight
5. Taste and smell
6. Gas and chemical reaction
7. Milky rainbow experiment
8. Electric station
9. Denser Than You Think
Program sebegini sangat mengujakan murid-murid kerana mereka dapat mengalami sendiri pengalaman ketika melakukan setiap eksperimen. Disamping dapat menambahkan pengetahuan baru kepada mereka ianya juga dapat memberi pengalaman yang manis serta menyeronokan dalam hidup mereka semua.
Pelancaran Perasmian Program oleh Tuan Guru Besar
En. Ahmad b. Mohd Ali
Pelbagai aktiviti menarik yang murid ikuti sepanjang program berlansung
#blogger3
0 comments:
Catat Ulasan