Tarikh : 8 November 2018
Masa : 8.00 pagi- 12.00Tengahari.
Masa : 8.00 pagi- 12.00Tengahari.
Tempat : Hotel Universiti Teknologi Mara, Dungun
Penglibatan : 19 Murid PPKI SK Sultan Omar.
Guru Pengiring : Encik Ariffin Bin Mat Zin
Puan Siti Rohani Binti Ariffin
Puan Rohaizan Binti Kassim
Puan Norhasni Binti Sidek
PPKI SK Sultan Omar telah mengadakan kerjasama dengan Pihak Perhotelan UITM Dungun bagi program Pengemasan Bilik atau ‘Housekeeping’ hotel. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid PPKI tentang kerjaya dan masa hadapan mereka dalam bidang perhotelan. Lawatan ini dimulakan dengan taklimat mengenai bidang perhotelan kepada murid. Murid turut dibawa ke kafe hotel dan bilik Dobi bagi melihat sendiri cara kerja kakitangan hotel tersebut.
Pengurusan makanan dan minuman.
Pengurusan Dobi.
Murid berkumpul di Lobi sebelum dibawa ke bilik hotel untuk sesi penyediaan bilik.
Murid dibawa ke bilik hotel untuk melihat cara-cara penyediaan bilik oleh kakitangan hotel. Antara kemahiran yang terdapat dalam latihan penyediaan bilik ini adalah seperti penyediaan katil, pengemasan bilik air, mengelap perabot dan cermin serta menukarkan cadar dan tuala baharu. Murid juga berjaya melaksanakan kesemua kemahiran ini secara individu dan juga secara bimbingan.
Menerusi program ini, murid dapat menimba pengetahuan baru dalam bidang perhotelan dan juga dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Encik Samsul Bahri Bin Usman, Pengurus Besar Hotel UITM Dungun serta semua kakitangan hotel yang terlibat dalam menjayakan program Penyediaan Bilik di Hotel UITM Dungun.
Terima Kasih.
Terima Kasih.
-Admin 5
0 comments:
Catat Ulasan