- Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat -

ikon

Selasa, 5 November 2019

" OPS TAHARAH "

SKESO telah memperkenalkan satu program baharu yang dinamakan sebagai Ops Taharah. Program ini bertujuan untuk memastikan tahap kebersihan setiap bilik darjah berada pada tahap yang optimum & mengawal pergerakan anak-anak #SKESO sewaktu pulang.

Ops Taharah akan bermula 10 minit sebelum waktu pulang murid. Guru yang bertugas akan memaklumkan melalui pembesar suara akan pelaksanaan program ini. Guru-guru yang berada di dalam kelas akan memantau murid-murid untuk menjayakan Ops Taharah ini dengan membersihkan kelas, menyusun meja & memastikan semua kerusi diletakkan di atas meja.
Apabila selesai membersihkan kelas, semua murid akan beratur di luar kelas untuk mengikut bacaan surah Al-Asr & mengaminkan doa yang diketuai oleh pengawas yang bertugas. Guru-guru yang bertugas secara mingguan pula akan berada di sepanjang laluan murid yang telah ditetapkan bagi tujuan pengawalan trafik.

Setelah menjalankan Ops Taharah selama satu bulan, murid-murid berjaya menunjukkan satu adaptasi kepada sistem yang baharu. Selain itu, pergerakan pulang murid berjalan dalam suasana yang harmoni & tenteram. Tiada lagi kelibat murid-murid yang bertempiaran berlari.
Tambahan pula, murid-murid juga dapat disemai sikap menyantuni guru-guru apabila sepanjang perjalanan pulang tersebut, murid-murid akan bersalaman dengan guru sambil mengucapkan terima kasih.

Diharap program ini dapat menjadi satu penanda aras baharu yang mendorong kepada kemenjadian murid.
#SederapSehasratSatuMatlamat
#SEDERAMAT


Murid beratur di luar kelas.


Murid mengaminkan doa sebelum bergerak pulang.


Murid memastikan kelas berada dalam keadaan kemas dan bersih sebelum pulang.


Murid bergerak pulang dalam keadaan yang teratur mengikut laluan yang telah ditetapkan.
 

Guru bertugas mingguan menjaga di "checkpoint" yang telah ditetapkan untuk mengawal pergerakan murid.
Share:

Rabu, 23 Oktober 2019

PROGRAM KEMBARA ILMIAH KE KELANTAN PPKI SKESO 2019



Tarikh         : 16 hingga 17 Oktober 2019
Hari             : Rabu hingga khamis
Tempoh       : 2 hari 1 malam
Tempat        : Tumpat, Pasir Mas, Pangkalan Kubor, Wakaf Che Yeh
Penglibatan  : Semua guru, Pembantu Pengurusan Murid, murid dan penjaga murid PPKI SKSO

Program Kembara Ilmiah Ke Kelantan ini merupakan program lawatan tahunan di bawah anjuran dan kelolaan unit Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PKIBP) SKSO. Seramai 45 orang peserta iaitu 25 orang murid dan 20 orang pengiring dan waris atau penjaga murid yang terlibat dalam program ini.

Antara beberapa aktiviti menarik sepanjang program ini adalah  seperti menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM), membeli belah di Pangkalan Kubor dan Wakaf Che Yeh, Aktiviti di Kidzoona, melawat perusahaan makanan tradisional serunding dan dodol, mengunjungi Pasar Siti Khatijah dan kraftangan, aktiviti permainan tradisional Wau dan aktiviti BBQ dan renang.

Program ini juga mendapat beberapa tajaan serta sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan, Pejabat Menteri Besar Terengganu, Koperasi Sekolah, Kidzoona, Kentucky Fried Chicken HQ serta restoran D’Perahu dan Teratak Nasi Ulam Cikgu.


Menerusi program ini peserta berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka seperti berdikari semasa menguruskan diri sepanjang program ini berjalan. Selain itu, peserta dapat meningkatkan pengetahuan serta pengalaman mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka sekaligus meningkatkan ketrampilan diri sebagai seorang pelajar dan sebahagian daripada komuniti masyarakat.


Rombongan bertolak pada pukul 6.43 pagi.


Peserta rombongan yang ceria menanti ketibaan keretapi

Menaiki KTM dari Pasir Mas.



Mengunjungi perusahaan Serunding dan Dodol Hajah Wan Sabariah di Pasir Mas
Aktiviti renang dan BBQ


peserta rombongan bersolat jemaah di surau penginapan.


Mengunjungi Galeri Pak Safie & Sons



Murid menghias wau dibantu oleh guru dan PPM serta staf galeri.
















Share:

Jumaat, 27 September 2019

KARNIVAL KEUSAHAWANAN PPKI SK.SULTAN OMAR 2019

KARNIVAL KEUSAHAWANAN PPKI SK SULTAN OMAR 2019

Tarikh: 
25 September 2019 (Rabu)
(Perasmian, Pertandingan & Jualan)
8.30 am -  10.00 am (perasmian)

26 September 2019 (Khamis)
( Permainan & Jualan)
8.00 am - 1.00 pm

Tempat: 
Dewan Al-Ihsan Sk.Sultan Omar

Objektif:
Memberi peluang/ pengalaman kepada murid PPKI menjadi usahawan dimana projek bermula daripada menghasilkan makanan, membungkus, menjual serta mengira untung rugi. Disamping mendatangkan aura karnival di sekolah bagi mengeratkan hubungan PPKI SKESO bersama sekolah lain serta agensi luar/rakan strategik.



Jutaan Terima kasih diucapkan buat para Jemputan;
💮Tuan Haji Kasman Bin Embong (Pegawai Pendidikan Daerah Dungun) bagi merasmikan Majlis Perasmian Hari Keusahawanan PPKI 2019, 
💮En. Azman Bin Ali (Pen. Pegawai PPD Unit Swasta dan Pend Khas PPD Dungun), 
💮En. Ahmad bin Mohd Ali (Guru Besar Sk. Sultan Omar), 
💮En. Hazani bin Seman ( YDP Majlis Permuafakatan PPKI SKESO ), 
💮En. Aziz Bin Adam ( YDP PIBG SKESO) 
💮En. Ariffin Bin Mat Zin (Pen Kanan Pend Khas)
💮Dr. Badariah Binti Muda ( Pen Kanan Pentadbiran)
💮En. Razuldin Bin Mustafa (Pen Kanan HEM)
💮En. Abu Seman Bin Mohd Salleh (Penolong Kanan KO)


Terima kasih jua buat rakan-rakan strategik;

POLITEKNIK DUNGUN yang dihadiri oleh:
En. Mohd Fadrul Rizal Bin Ab, Rahim ( Pensyarah Mekatronik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal), serta Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekatronik:
  1. Intan Nursyamin Amira Bt Syarmuzerie
  2. Adam Harith Bin Azizan
  3. Muhamad Denial Bin Anang Syafrizal Anwar
  4. Amir Muzafar Bin Mustafa Kamal
UITM DUNGUN yang dihadiri oleh:
  1. Mohd Zulfakar Bin Mohd Nawi
  2. Ninie Nur Farhana Musa
  3. Ameleya Muhamad Ghazali
  4. Mohd Amar Ridham Bin Othman
  5. Mohamad Syakir Bin Zainozaman
  6. Nur Alya Nasuha Binti Sakri
  7. Aina Mawaddah bt Adnan
  8. Sara Nabila Binti Ismail
  9. Nur Ain Nabila Binti Azmi
  10. Afidatul Nadzirah Binti Mok Hat
  11. Nor Saadah Bt Che Deraman
  12. Athirah Fadzwani Bt Mohd Kamaruzaman
  13. Siti Nurhanifah Bte Sulong
  14. Mushaireen Bin Musa
MARRYBROWN yang diwakili oleh: 
  1. Ahmad Charma Bin Alias ( Pengurus Marrybrown Dungun)
AR-RAYYAN
  1. Nur Aliah Nadhirah Binti Ahmad Shazili ( Pengurus Ar-Rayyan Optometrist)
KOPENAS DUNGUN
  1. Wan Abdul Razak Bin Wan Idris ( Pengerusi KOPENAS Dungun)
NASH ARCHERY 
  1. Mohd Nazri Musa (Pengurus)

Dihadiri oleh 9 buah sekolah PPKI lebih kurang 160 orang termasuk guru, PPM dan murid.
  1. SK.Padang Pulut
  2. SK. Tanjung Pati
  3. SK.Paka II
  4. SK.Durian Emas I
  5. SK. Pulau Serai
  6. SK. Kampung Nyior
  7. SK.Kuala Dungun
  8. SK.Seberang
  9. SK.Kompra
Tidak lupa juga buat guru-guru PPKI SKESO yang bertungkus lumus menjaga gerai termasuk menjalankan tugasan lain di Majlis Perasmian, guru-guru SKESO terutama En. Abdullah Mohamad, Pn. Norbi Yasin, Pn. Zaimiah bt Harun, Pn. Roslinawati Yunus, pekerja-pekerja swasta, PPM dan seluruh warga SKESO, para peniaga luar serta ibubapa yang hadir. Terima Kasih diucapkan.

Marilah menonton gambar-gambar sepanjang 2 hari karnival berlansung.. 














ADD FRIEND: 

utk melihat lebih banyak gambar 

mengikuti perkembangan PPKI SKESO






Share:

Isnin, 9 September 2019

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN TUAN HAJI KASMAN BIN EMBONG

Selamat Datang 
kepada 
Pegawai Pendidikan Daerah Dungun
Tuan Haji Kasman Bin Embong

Ayuh, bersama kita realisasikan 
Dungun Cemerlang!







Share:

Sabtu, 24 Ogos 2019

SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI FASA 2/2019

SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI FASA 2/2019 
(Mei-Ogos)

TARIKH: 22 Ogos 2019
TEMPAT: MCD Dungun
PENGLIBATAN: Semua Murid, Guru dan PPM



Nama murid yg sambut Hari lahir bulan Mei - Ogos seperti berikut:

Mei
Arjuna
Ain Batrisya

Jun
Asywad
Zaim
Arif Hidayatullah
Nik Haiqal
Aizat
Hanif Rizqi

Julai
Ataullah
Alif Syazwan
Aisya Fatiyyah
Iqbal Salahuddin

Ogos
Salman
Syamil
Auni Damia
Ariff Ramadhan
Aryan Raiqal
Soleha

GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI:

 

Murid ceria mendapat makanan dan menjamu selera


MC Majlis- penyelaras Hari Jadi PPKI, Cikgu Khuzaimah 

murid bergambar bersama maskod MCD



Guru Besar SKSOD, En. Ahmad sedang berucap.


pembahagian hadiah 

 

guru serta PPM juga diberi peluang melawat kawasan dapur untuk melihat cara penyediaan makanan.



murid mendapat sijil daripada MCD
Share:

Sabtu, 27 Julai 2019

Kejohanan Bola Sepak MSS Dungun 2019


Kejohanan sudah berlabuh tirai. Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh anak-anak SKESO dalam sukan permainan. Alhamdulillah sekali lagi pasukan bola sepak yang disertai anak-anak SKESO telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kejohanan peringkat daerah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang terlibat.



Tarikh  :  18 - 20 Jun 2019

Tempat  SK Kuala Dungun

Penglibatan Murid  :  6 orang

Peringkat  :  Daerah

Penglibatan Guru  :
1. Ustaz Syafie Bin Ahmad
2. Cikgu Zairuddin Bin Muhammad Nafi

Pencapaian  :
Sura A - Naib Johan
Sura B - Tempat Ke-3


Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat





Share:

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah 2019


Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pertandingan ini! Kejayaan anda merupakan inspirasi bagi warga SKESO untuk mara ke depan mengejar kejuaraan.

Tarikh  :  16 Jun 2019

Tempat  :  SK Sura

Penglibatan Murid  :  5 orang

Peringkat  :  Daerah

Penglibatan Guru :
Cikgu Nor Asura Binti Arsad 
Cikgu Roslina Binti Hanafi

Pencapaian  :
Naib Johan Pertandingan
Anugerah Pembahas Terbaik


Sederap, Sehasrat, Satu Matlamat








Share:

GERBANG MAYA SK SULTAN OMAR

- WELCOME -

Wadah bagi pengenalan , perkembangan dan aktiviti terkini serta pencapaian warga SK Sultan Omar dalam satu medium yang interaktif dan versatil


Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

LAGU SEKOLAH

Tersergam Indah Dipandang Mata,
Gagah Berdiri Umpama Wira,
Dikau Pendokong Maruah Bangsa,
Cetus Harapan Negara.....

Sekolah Kebangsaan Sultan Omar,
Namamu Gah Di Merata-rata,
Di Sini Lahir Penjana Minda,
Menjadi Insan Berjaya.....

Guru Kreatif Lagi Inovatif,
Bimbing Akhlak Yang Terpuji,
Bentuk Disiplin Minda Positif,
Lahir Insan Harmoni.....

Mari Kita,
Siap Sedia,
Rajin Usaha,
Tangga Kejayaan.....

Followers

Featured Posts

Blog Archive

Categories

Translate

Waktu Solat

Berita Online

Waktu Malaysia

Asma Al Husna

Info Terkini

Theme Download

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support